PENYERAP HENTAK (SHOCK ABSOBER)

 

Fungsi penyerap hentak

Apabila kenderaan bergerak pada keadaan jalanraya yang mendatar/rata dan tiba – tiba rodanya terlanggar satu bongkah, spring yang dipasang pada sistem gantungan akan termampat. Selepas itu spring tersebut akan kembali ke kedudukkan normalnya. Spring akan berhayun dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas sehinggalah daya yang bertindak ke atas spring sudah tiada. Proses inilah yang dapat dirasai pada rangka kenderaan.

Rajah 1:  Bentuk ayunan spring apabila kenderaan melanggar bonggol.



 

Beban yang dipunyai oleh kenderaan akan menekan spring ke bawah semasa kenderaan bergerak, daya yang dipunyai oleh spring semasa ini juga cuba menolak/melawan bebanan yang dikenakan ke atasnya untuk balik ke keadaan normal (cuba menganjal). Proses ini dipanggil hayunan spring, ianya berayun berulang – ulang dengan mengambil masa yang sedikit sehingga kenderaan berada dikedudukan asal/stabil, lihat rajah 1.

 

Ketidakstabilan hayunan bukan sahaja melibatkan keselesaan pemandu, malahan ia juga melibatkan keselamatan kenderaan tersebut.

 

Untuk mengatasi hayunan spring, satu jenis alatan yang dinamakan “penyerap hentakkan” telah direkabentuk. Satu daripada hujung penyerap hentakkan tersebut diikat pada rangka kenderaan manakala hujung yang satu lagi dihubungkan kepada axle. Apabila spring hendak bertindak seperti mampatan atau regangan, maka proses tersebut akan dihalangi oleh penyerap hentak.

 

Apabila rangka kenderaan bergerak ke atas dan turun ke bawah, penyerap hentak akan terdorong keluar ataupun masuk ke dalam. Halangan yang ada pada penyerap hentak akan cuba menyekat pergerakkan ke atas dan ke bawah. Dengan itu sesebuah kenderaan akan kembali ke kedudukan asal dan menjadi stabil dengan cepat.

 

Binaan penyerap hentak

 

Penyerap hentakkan telescopic (telescopic shock absorber) terdiri daripada selinder dalam (inner cylinder), selinder luar (outter cylinder), omboh (piston)  dan piston rod. Ada sesetengahnya mengandungi outer dust cover dan rock sheild. Valve (injap) dipasang selari iaitu di dalam piston dan pada bahagian bawah  selinder dalam. Injap ini dipasang untuk mengawal pergerakkan cecair hidraulik di dalam penyerap hentak.

 

Kedudukan penyerap hentak

 

Rajah 2:  Kedudukan telescopic arbsorber pada kenderaan





 

Rajah 2 menunjukkan bagaimana telescopic arbsorber diikat pada kenderaan. Bahagian atas diikatkan dengan rubber grommets yang dicagakkan pada rangka kenderaan. Bahagian bawahnya pula dikat dengan bolt yang diikat pada lower arm pada sistem gantungan belakang. Sebarang gerakan suspension arm samada ke atas atau ke bawah, semuanya dikawal oleh penyerap hentak.

Operasi penyerap hentak

 

Rajah 3 menunjukkan kedudukan penyerap hentakkan telescopic didalam 3 keadaan. Yang di sebelah kiri, menunjukkan penyerap hentakkan berada di dalam keadaan rehat, iaitu apabila kenderaan berada di dalam keadaan stabil. Pada masa ini selinder dalam (pressure tube) dipenuhi cecair dan hanya separuh bahagian di dalam selinder luar (reservoir tube) dipenuhi cecair. Pada masa ini, piston berada ditengah – tengah saluran laluannya.

 

Di dalam rajah tengah pula kita dapat melihat, apa yang terjadi kepada penyerap hentak apabila spring dimampatkan. Piston akan ditolak ke bawah pressure tube, tekanan yang terhasil akan menyebabkan injap terdapat pada piston valve terbuka lalu membenarkan cecair masuk ke dalam presure tube. Pada masa ini, permukaan piston rod akan diselaputi dengan cecair, dan pada masa yang sama juga sebahagian cecair akan keluar melalui base valve dan keluar ke reservoir tube.  Keadaan ini menyebabkan penyerap hentak tersebut turut termampat.

 

Di sebelah kanan rajah 3, kita dapat melihat tindakbalas yang terjadi kepada penyerap hentak apabila spring meregang. Apabila keadaan ini berlaku, piston akan tertarik oleh daya ke atas di dalam pressure tube dan cecair mengalir masuk ke dalam pressure tube melalui piston melalui injap yang terdapat di dalamnya. Untuk memenuhi ruang yang ditinggalkan oleh piston rod di dalam pressure tube, penambahan cecair akan berlaku dengan cara menyedut cecair melalui base valve daripada reservoir tube. Dengan cara ini, penyerap hentak tersebut akan tertolak ke atas.

    



 

Rajah 3: Kedudukan penyerap hentak semasa stabil, termampat dan meregang.

 

 Teruskan membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.

 

BAB 1 : SISTEM STERENG

1.1   Prinsip Stereng

1.2   Fungsi Dan Peranan Perangkai Stereng

1.3   Stereng Manual

1.4   Kotak Stereng

1.5   Susun Sistem Stereng Kuasa

1.6   Pam & Kotak Gear Stereng Kuasa

1.7   Operasi Sistem Stereng Kuasa 

1.8   Rombak Rawat Kotak Gear Stereng Kuasa

1.9   Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa

 

BAB 2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)

2.1   Jenis – Jenis Sistem Gantungan

2.2   Sambungan Bebola

2.3   Jenis – Jenis Bush Sistem Gantungan

2.4   Rubber Bump Stop

2.5   Penyerap Hentak

2.6   Jenis - Jenis  Pegas

2.7   Gantungan Hadapan

2.8   Gantungan Belakang

2.9   Tukar Ball Joint Dan Suspension Bush

2.10  Tukar Shock Absorber Dan Bump Stops

2.11  Buka Dan Pasang Pegas Dedaun

2.12  Buka Dan Pasang Topang Mc Pherson

 

BAB 3 : SISTEM BREK

 

3.1   Penerangan Sistem Brek

3.2   Periksa Dan Tukar Pad & Lining Brek

3.3   Periksan Dan Tukar Disk Dan Drum Brek

3.4   Buka Dan Pasang Brek Booster Dari Kenderaan

3.5   Kaedah Melakukan Bleeding

3.6   Overhaul Master Pump

3.7   Kesan Masalah (Troubleshooting)  Sistem Brek

3.8   Anti-Lock Braking System (ABS)

 

BAB 4 : RODA

4.1   Pengenalan Roda

4.2   Fungsi Dan Binaan Tayar

4.3   Jenis–Jenis Kehausan Tayar

4.4   Tukar Tayar Dan Rim

4.5   Jajaran Roda

 

BAB 5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)

5.1   Menyediakan Jadual Kerja.

5.2   Melaksanakan Sesi Taklimat.

5.3   Penyediaan Budget.

5.4   Pemantauan Prestasi Pekerja

5.5   Latihan Pekerja.

5.6   Memantau Keselamatan Bengkel

5.7   Melaksanakan Pengurusan Sisa Buangan

5.8   Menyediakan Laporan Pengurusan

 

No comments:

Post a Comment

SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK

  1.0    SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK     1.1    Saluran Pemasaran   Saluran pemasaran ialah gabungan sekumpulan orga...