GANTUNGAN HADAPAN

 Jenis – jenis sistem gantungan hadapan

Jenis – jenis sistem gantungan yang sering digunakan pada bahagian hadapan kenderaan ialah:

1.      Gandar rasuk tunggal dan kembar.

2.      Lengan sisi tak bersandar.

3.      Lengan mengekor tak bersandar.

4.   Topang mc pherson.

Gandar rasuk tunggal

Sistem gantungan jenis ini terdiri daripada rasuk keluli yang ditempa ke dalam bentuk “I” dengan lubang berbentuk selinder dituang pada setiap hujung luar untuk menempatkan dan mendudukkan cemat agung.

 

Permukaan bergerudi yang rata dibentuk pada jarak yang sama dari hujung untuk menyediakan pad cagakan bagi pegas dedaun. Pegas ditempatkan di atas pad – pad ini oleh bolt tengahnya dan dipegang oleh bolt ‘U’.

 

Rajah 1: Gandar rasuk tunggal


 

Gandar rasuk “I” kembar

Sistem gantungan dari jenis ini  banyak digunakan pada kenderaan perdagangan ringan. Gandar jenis ini, biasanya digunakan bersama – sama pegas gegelung untuk mencapai kesan yang dikehendaki iaitu memegaskan setiap roda hadapan secara individu, dan mengekalkan kekuatan gandar rasuk.

Rajah 2: Gandar rasuk “I” kembar



Lengan sisi tidak bersandar

Sistem gantungan ini dinamakan ‘tidak bersandar’ kerana setiap roda hadapan dipegaskan secara ‘tidak bersandar’ kerana setiap roda hadapan dipegaskan secara tidak bersandar terhadap satu sama lain. Lengan gantungan dipasangkan pada sudut 90o terhadap kerangka. Rajah dibawah menunjukkan satu jenis sistem gantungan hadapan lengan sisi tidak bersandar, yang terdiri daripada pegas gegelung, lengan kawalan atas dan bawah (kerangka berbentuk ‘V’), gandar puntung dan penyerap hentakan yang ditempatkan di dalam pegas gegelung.

 

Rajah 3: Lengan sisi tak bersandar



 

Lengan mengekor tak bersandar

Secara amnya, sistem ini terdiri daripada dua bar kilasan yang menyediakan pemegasan secara tidak bersandar kepada lengan mengekor, di atas mana pengumpar roda dicagakkan. Lengan gantungan dipasangkan selari terhadap kerangka supaya titik cagakan pengumpar roda ‘mengekor’ di belakang pangsi lengan.

 

Topang Macpherson

Sistem gantungan ini terdiri daripada penyerap hentakan teleskopik dan pemasangan pegas gegelung. Pengumpar roda dan perumah luaran penyerap hentak adalah sama ada diboltkan atau dikimpal bersama untuk membentuk unit tunggal. Hujung atas pemasangan tersebut dipasangkan kepada bahagian kerangka yang diperkuatkan oleh bebibir yang mengandungi bearing tujah getah tercagak. Pengumpar roda dan sambungan bebola ditempatkan di hujung sebelah bawah topang. Sambungan bebola membolehkan pemasangan berputar dan juga menyambungkan bahagian bawah topang kepada lengan gantungan sisi yang mana disambungkan oleh pangsi  kepada kerangka. Pergerakan ke hadapan lengan sisi dikawal sama ada oleh bar hujung atau rod topang. Unit gantungan jenis ini adalah popular pada kebanyakkan kereta yang kecil, kerana ia lebih padat dan reka bentuknya yang mudah.

 

Rajah 4: Topang Macpherson

 

 

 

Teruskan membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.

 

BAB 1 : SISTEM STERENG

1.1   Prinsip Stereng

1.2   Fungsi Dan Peranan Perangkai Stereng

1.3   Stereng Manual

1.4   Kotak Stereng

1.5   Susun Sistem Stereng Kuasa

1.6   Pam & Kotak Gear Stereng Kuasa

1.7   Operasi Sistem Stereng Kuasa 

1.8   Rombak Rawat Kotak Gear Stereng Kuasa

1.9   Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa

 

BAB 2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)

2.1   Jenis – Jenis Sistem Gantungan

2.2   Sambungan Bebola

2.3   Jenis – Jenis Bush Sistem Gantungan

2.4   Rubber Bump Stop

2.5   Penyerap Hentak

2.6   Jenis - Jenis  Pegas

2.7   Gantungan Hadapan

2.8   Gantungan Belakang

2.9   Tukar Ball Joint Dan Suspension Bush

2.10  Tukar Shock Absorber Dan Bump Stops

2.11  Buka Dan Pasang Pegas Dedaun

2.12  Buka Dan Pasang Topang Mc Pherson

 

BAB 3 : SISTEM BREK

 

3.1   Penerangan Sistem Brek

3.2   Periksa Dan Tukar Pad & Lining Brek

3.3   Periksan Dan Tukar Disk Dan Drum Brek

3.4   Buka Dan Pasang Brek Booster Dari Kenderaan

3.5   Kaedah Melakukan Bleeding

3.6   Overhaul Master Pump

3.7   Kesan Masalah (Troubleshooting)  Sistem Brek

3.8   Anti-Lock Braking System (ABS)

 

BAB 4 : RODA

4.1   Pengenalan Roda

4.2   Fungsi Dan Binaan Tayar

4.3   Jenis–Jenis Kehausan Tayar

4.4   Tukar Tayar Dan Rim

4.5   Jajaran Roda

 

BAB 5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)

5.1   Menyediakan Jadual Kerja.

5.2   Melaksanakan Sesi Taklimat.

5.3   Penyediaan Budget.

5.4   Pemantauan Prestasi Pekerja

5.5   Latihan Pekerja.

5.6   Memantau Keselamatan Bengkel

5.7   Melaksanakan Pengurusan Sisa Buangan

5.8   Menyediakan Laporan Pengurusan

 


No comments:

Post a Comment

SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK

  1.0    SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK     1.1    Saluran Pemasaran   Saluran pemasaran ialah gabungan sekumpulan orga...