FUNGSI DAN PERANAN PERANGKAI STERENG
Untuk menggerakkan sistem stereng, ia mempunyai persambungan atau perangkai yang membolehkan roda stereng yang kita pulaskan menggerakkan roda kekiri atau kekanan. Untuk memastikan pelatih memahami pergerakan perangkai stereng ini, Pada page ini akan menerangkan dengan lebih jelas lagi tentang binaan dan fungsi setiap komponen perangkai stereng.
PENERANGAN:
Pergerakan yang bermula di dalam kotak gear stereng dipindahkan ke roda melalui perangkai stereng. Perangkai stereng memindahkan pergerakkan steering gear kepada kedua-dua roda hadapan. Terdapat banyak jenis perangkai stereng yang digunakan, namun jenis yang dikenali sebagai paralellologram type adalah sangant popular.
Jenis paralellogram dinamakan sedemikian adalah kerana semua pivot point yang terdapat pada kenderaan tersebut dibuat selari diantara satu sama lain. Pivot point ini terdapat pada kiri dan kanan kenderaan. Kedua-dua bahagian pivot point ini disambungkan diantara satu sama lain dengan dengan persambungan selari, lihat gambarajah dibawah.
Jenis ini dapat memberikan kebaikan yang mana antaranya ialah menyediakan pergerakan yang sama rata antara kiri dan kanan. Lagi pun dengan mempunyai rupa bentuk yang sedemikian, sebarang penempatan untuk menempatkan pivot point akan memudahkan pivot point tersebut dijajarkan dengan pivot point sistem gantungan. Ini akan menghasilkan pergerakan yang sama antara kiri dan kanan. Walaubagaimana pun jika salah satu bahagian roda terlanggar bunp atau lubang, roda yang satu bahagian lagi tidak akan terasa kesannya. Ini dikenali sebagai sistem gantungan bebas atau pun independent suspension.
PITMAN ARM
Pitman adalah lever pertama didalam sistem stereng. Ia menukarkan pergerakan pusingan sector shaft atau pun cross shaft yang terdapat didalam steereng gear kepada pergerakan linear atau pun pergerakan side to side. Ia bergerak dalam lingkungannya. Ia menolak atau menarik relay rod (center link). Pitman arm dipasang pada sector shaft dengan kaedah splined dan diikatkan dengan satu nat, ini adalah menjamin kekuatan persambungan antara pitman arm dengan sector shaft (rujuk gambarajah 4 di bawah). Kekuatan persambungan ini memberikan pergerakan yang mantap apabila stereng dipusingkan tanpa ada kelonggaran didalam pergerakan tersebut.
Gambarajah 4 : Pepasangan komponen perangkai (linkaage componant)
RELAY ROD (CENTER LINK)
Relay rod adalah merupakan satu batang keluli yang sangat teguh. Satu hujungnya disambungkan ke pitman arm melalui kaedah ball and socket yang seolah-olah menyerupai ball joint. Hujung yang satu lagi disangga oleh idler arm. Relay rod bergerak kehadapan dan kebelakang apabila roda stereng dipusingkan. Dua lubang dibuat pada relay rod supaya boleh dipasangkan tie rod pada kedua-dua lubang tersebut seperti yang ditunjukan pada Gambarajah 4.
IDLER ARM
Idler arm merupakan satu alat yang digunakan untuk menyangga relay rod. Ia akan memastikan bahawa relay rod sentiasa berada dalam keadaan sejajar (aligned) seperti yang boleh dilihat pada Gambarajah 4 tadi. Idler arm dibina dengan mempunyai panjang yang sama dengan pitman arm. Ia dipasang pada rangka kenderaan jadi dengan itu apabila ia bergerak ia akan bergerak sama dengan dengan pergerakan pitman arm iaitu pergerakan yang selari. Idler arm disambungkan ke rangka dan ke relay rod samaada dengan menggunakan ball stud seperti yang ditunjukkan pada gambarajah 4 diatas atau pun dengan menggunakan bushing seperti yang ditunjukkan pada gambarajah 5 dibawah.
Gambarajah 5 : Idler arm dicagakan pada bushing
TIE ROD
Tie rod adalah merupakan satu batang keluli yang berfungsi menyambungkan relay rod ke steering arm. hujung bahagian dalam tie rod ini disambungkan ke relay rod dan satu bahagian hujung lagi dipasangkan ke steering arm. Pada hujung tie rod ini terdapat terdapat adjusting sleeve yang digunakan untuk melaras toe in atau toe out.
TIE ROD END / BALL JOINT
Gambarajah 6 dibawah menunjukkan tie rod end. Tie rod end adalah merupakan satu ball and socket joint yang mana ada juga stems atau pun satu lever yang dibuatkan bebenang padanya supaya ia boleh dipasangkan pada tie rod adjusting sleeve. Terdapat juga satu ball stud yang berbentuk luncus (tapered) yang mana akan dipasangkan pula pada lubang yang terdapat pada steering arm.
Hampir kesemua sistem gantungan jenis bebas bahagian hadapan kenderaan menggunakan ball joint untuk menyambungkan steering knuckle atau spindle ke control arm. Gambarajah ball joint yang ditunjukkan pada Gambarajah 7 adalah sama prinsipnya dengan ball and socket yang terdapat pada bahu anda. Anda boleh mengangkat dan menurunkan tangan anda, menggerakannya kehadapan atau kebelakang, piuh atau pusingkannya. Ball joint menghasilkan pergerakan dalam pelbagai sudut, jadi dengan sebab itu steering masih lagi boleh berpusing walau dalam waktu yang sama sistem gantungan bergerak ke atas dan ke bawah. Terdapat berbagai jenis ball joint namun secara umumnya hanya dua jenis utama ball joint iaitu load carrying ball joint dan satu lagi non load carrying ball joint.
Gambarajah 7 : Ball Joint
STEERING SHAFT COUPLING
Beberapa jenis coupling digunakan didalam tugas untuk menyambungkan antara steering ke worm shaft didalam steering gear. Antaranya adalah seperti berikut:
- Lay rub coupling (Gambarajah 8)
- Splined and clamp bolt
Teruskan
membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.
BAB
1 : SISTEM STERENG
1.1 Prinsip Stereng
1.2 Fungsi Dan Peranan Perangkai
Stereng
1.3 Stereng Manual
1.4 Kotak Stereng
1.5 Susun Sistem Stereng Kuasa
1.6 Pam & Kotak Gear Stereng
Kuasa
1.7 Operasi Sistem Stereng
Kuasa
1.8 Rombak Rawat Kotak Gear
Stereng Kuasa
1.9 Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa
BAB
2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)
2.1 Jenis – Jenis Sistem Gantungan
2.2 Sambungan Bebola
2.3 Jenis – Jenis Bush Sistem
Gantungan
2.4 Rubber Bump Stop
2.5 Penyerap Hentak
2.9 Tukar Ball Joint Dan
Suspension Bush
2.10 Tukar Shock Absorber Dan Bump
Stops
2.11 Buka Dan Pasang Pegas Dedaun
2.12 Buka Dan Pasang Topang Mc
Pherson
BAB
3 : SISTEM BREK
3.2 Periksa Dan Tukar Pad &
Lining Brek
3.3 Periksan Dan Tukar Disk Dan
Drum Brek
3.4 Buka Dan Pasang Brek Booster
Dari Kenderaan
3.7 Kesan Masalah
(Troubleshooting) Sistem Brek
3.8 Anti-Lock Braking System (ABS)
BAB
4 : RODA
4.1 Pengenalan Roda
4.3 Jenis–Jenis Kehausan Tayar
4.5 Jajaran Roda
BAB
5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)
5.2 Melaksanakan Sesi Taklimat.
5.4 Pemantauan Prestasi Pekerja
5.6 Memantau Keselamatan Bengkel
5.7 Melaksanakan Pengurusan Sisa Buangan
5.8 Menyediakan Laporan Pengurusan
No comments:
Post a Comment