GANTUNGAN BELAKANG

 

Jenis – jenis sistem gantungan belakang

Jenis – jenis sistem gantungan yang sering digunakan pada bahagian belakang kenderaan boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu:

1.      Sistem gantungan gandar pejal (hidup).

2.      Sistem gantungan belakang tak bersandar.

Sistem gantungan gandar pejal

Sistem gantungan ini pada amnya terdiri daripada pegas separuh elips, gandar belakang yang ‘hidup’ dan penyerap hentak hidraulik. Sistem gantungan jenis ini  banyak digunakan kerana kos pembuatan yang murah dan kemampuannya untuk menyediakan penebatan ruang penumpang yang agak baik daripada hingar gandar belakang dan jalanraya.

 

Disebalik kebaikan – kebaikan diatas, susun aturnya menderitai dua kekurangan iaitu:

1.      Gandar tidak ditempatkan secara positif.

2.      Berat perumah gandar tidak dibawa oleh pegas (berat tidak dipegaskan).

 

Sistem gantungan gandar pejal boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:

1.      Pegas dedaun separuh - elips.

2.       Sistem kaitan empat.

3.      Sistem kaitan lima.

4.      Sistem kaitan enam (watts).

 

Pegas dedaun separuh – elips

Pegas dedaun separuh – elips ini digunakan bersama – sama dengan perumah gandar pejal atau ‘hidup’ yang dicagakkan secara membujur dan didakap dalam kedudukan oleh bolt ‘U’. Hujung hadapan setiap pegas disambungkan kepada badan oleh cemat keluli dan sesendal getah. Bahagian belakang pula disambungkan dengan mengunakan belenggu berbuai yang mengandugi sesendal getah. Belenggu tersebut membenarkan perubahan panjang pegas yang disebabkan oleh bebanan atau pergerakan gantungan.

 

Pegas jenis ini boleh terdiri daripada daun tunggal, walaubagaimanapun yang lazim digunakan ialah empat atau lima daun. Dua penyerap hentakkan dua tindakan selalunya dipasangkan kepada plat pelana pegas.

 

Rajah 1:  sistem gantungan gandar pejal


 

Pembalikan yang mana dipasangkan kepada kenderaan yang dilengkapi dengan pegas dedaun memasukkan bar berbuai, rod panhard untuk kawalan sisi, rod kawalan atas dan bawah yang mana menghalang pergerakkan perumah gandar.

 

Sistem kaitan empat

Sistem ini menggabungkan perumah gandar belakang ‘hidup’ dengan sepasang pegas gegelung. Perumah gandar ditempatkan oleh dua lengan bawah yang dicagakkan secara membujur dan dua lengan atas yang condong. Sesendal getah dipasang pada kedua – dua hujung lengan meletak untuk mengelakkan pemindahan bunyi. Masalah pesongan pegas yang didapati pada sistem pegas dedaun boleh dihapuskan dan daya – daya memecut dan membrek boleh dikawal secara berkesan.

 

Kawalan perjalanan boleh dibaiki dengan mengunakan pegas kadar berubah dan bar berbuai. Dua penyerap hentakkan dua tindakan melengkapkan sistem yang piawai.

Rajah 2: sistem gantungan kaitan empat

 

Sistem kaitan lima

Sistem ini pada asasnya merupakan sistem kaitan empat yang diperbaiki dengan menambah rod panhard dan mengkaji semula sudut cagakan lengan atas. Rod panhard memperbaiki kestabilan sisi gandar walaupun pergerakan gantungan masih lagi menyebabkan pergerakkan sisi yang kecil.

 

Rajah 3: Sistem gantungan kaitan lima




 Sistem kaitan enam (watts)

Sistem ini terdiri daripada dua lengan atas dan dua lengan mengekor bawah yang menyambungkan perumah gandar ‘hidup’ kepada badan. Lengan – lengan ini tidak sama panjang dan pergerakkan gandar sebagai sambutan kepada daya – daya membrek dan memecut dikawal secara persis. Untuk mengelakkan pergerakkan sisi dua lengan tambahan (kaitan watts) dicondongkan dari badan kepada tuil pangsi pada perumah gandar belakang. Setiap lengan mengandungi sesendal getah bagi tujuan penebatan bunyi.

 

Rajah 4: Sistem gantungan kaitan enam



 

Penambahan penyerap hentakan, bar berbuai dan pegas kadar berubah melengkapkan pemasangan lazim bagi sistem jenis ini.

 

Sistem gantungan belakang tak bersandar

Pembaikan rekabentuk pada sistem gantungan gandar pejal menyelesaikan banyak masalah, namun perumah gandar masih kekal sebagai berat tak berpegas.

 

Gantungan belakang tak bersandar menyediakan satu jawapan kepada masalah ini dengan menempatkan perumah pacuan akhir yang berat kepada lantai badan. Unit pacuan akhir yang berat sekarang ini boleh ditampung oleh pegas kenderaan dan dikelaskan sebagai sebahagian daripada berat yang dipegaskan. 

 

Penempatan semula ini memperkenalkan kekompleksan kepada gandar belakang, kerana aci sekarang ini perlu bergerak dengan pesongan gantungan dan mengekalkan sudut pacuan yang berkesan tanpa getaran. Aci gandar dengan itu perlu megandungi sambungan gelincir dan sambungan halaju malar untuk memampas perubahan dalam jarak dan sudut pacuan.

 

Pegas gegelung dan penyerap hentakan yang berasingan merupakan kaedah memegas yang paling popular, bagaimanapun, kebanyakan kenderaan dipasangkan dengan unit perpaduan pegas/penyerap hentak yang serupa dengan unit gantungan hadapan Mac Pherson. Bar buai selalunya dimasukkan sebagai komponen piawai.

 

Bar kilasan juga telah digunakan sebagai pegas utama pada model yang tertentu, walaupun sistem gantungan jenis ini agak jarang digunakan namun ia sering digunakan pada kereta pacuan roda hadapan sebagai rasuk kilasan atau gandar.

 

Rajah 5: Sistem gantungan belakang tak bersandar 





Gantungan kaitan mengekor rasuk lintang

Sistem ini banyak digunakan pada kenderaan pacuan roda hadapan. Secara umumnya, susunan ini terdiri daripada rasuk kilasan melintang yang dicagakkan ke dalam kenderaan dengan pembawa roda lengan mengekor dipasangkan pada setiap hujung rasuk. Kedudukan pegas, titik cagakan rasuk dan penyerap hentak berubah – ubah tetapi konsep rasuk kilasan melintang adalah serupa.

Rajah 6: Sistem gantungan kaitan mengekor rasuk lintang




 

Gantungan kaitan sisi/mengekor

Sistem ini terdiri daripada topang teleskopik kepada mana puntung gandar diboltkan. Topang ditempatkan oleh dua kaitan bawah melintang dan pergerakan hadapan dan belakang dihalang oleh kaitan membujur diantara topang bawah dan badan.

 


Rajah 7: Sistem gantungan kaitan mengekor

 

Gantungan lengan mengekor

Sistem ini terdiri daripada lengan bawah yang dipangsikan pada 90° terhadap garis tengah kenderaan. Bahagian belakang lengan mengandungi hab dan bearing melalui mana aci gandar melaluinya. Apabila gantungan naik dan jatuh pada titik lekapan 90° memastikan bahawa roda bergerak tanpa perubahan jajaran atau kamber.

 

Gantungan lengan separuh –mengekor

Sistem ini digunakan secara meluas dan adalah amat serupa pada zahirnya dengan gantungan lengan mengekor. Perbezaan yang utama ialah sudut titik lekapan lengan bawah. Titik pangsi disetkan pada sudut yang tajam terhadap garis tengah kenderaan dan pergerakan lengan menyebabkan perubahan pada jajaran dan kamber roda apabila ia menaik dan turun. Perubahan sudut ini boleh dikira oleh pereka bentuk dan penanganan kenderaan boleh diperbaiki bergantung kepada kedudukan dimana lengan bawah dipangsikan.

 Gandar separuh berbuai

Bentuk sistem gantungan ini sentiasa berubah – ubah, bagaimanapun, salah satu versi yang digunakan oleh pengeluar kenderaan terdiri daripada pegas gegelung yang dicagakan diatas perumah pejal. Perumah tersebut dibelah di tengah – tengah  dan  kedua – dua boleh bergerak diatas satu sama lain yang mana dikawal oleh lengan pangsi dan pegas memampas. Perubahan kamber yang besar boleh dijangka apabila roda bergerak ke atas atau ke bawah melalui perjalanannya. Reka bentuk ini tidak mendapat sambutan orang ramai.

  

 

Teruskan membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.

 

BAB 1 : SISTEM STERENG

1.1   Prinsip Stereng

1.2   Fungsi Dan Peranan Perangkai Stereng

1.3   Stereng Manual

1.4   Kotak Stereng

1.5   Susun Sistem Stereng Kuasa

1.6   Pam & Kotak Gear Stereng Kuasa

1.7   Operasi Sistem Stereng Kuasa 

1.8   Rombak Rawat Kotak Gear Stereng Kuasa

1.9   Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa

 

BAB 2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)

2.1   Jenis – Jenis Sistem Gantungan

2.2   Sambungan Bebola

2.3   Jenis – Jenis Bush Sistem Gantungan

2.4   Rubber Bump Stop

2.5   Penyerap Hentak

2.6   Jenis - Jenis  Pegas

2.7   Gantungan Hadapan

2.8   Gantungan Belakang

2.9   Tukar Ball Joint Dan Suspension Bush

2.10  Tukar Shock Absorber Dan Bump Stops

2.11  Buka Dan Pasang Pegas Dedaun

2.12  Buka Dan Pasang Topang Mc Pherson

 

BAB 3 : SISTEM BREK

 

3.1   Penerangan Sistem Brek

3.2   Periksa Dan Tukar Pad & Lining Brek

3.3   Periksan Dan Tukar Disk Dan Drum Brek

3.4   Buka Dan Pasang Brek Booster Dari Kenderaan

3.5   Kaedah Melakukan Bleeding

3.6   Overhaul Master Pump

3.7   Kesan Masalah (Troubleshooting)  Sistem Brek

3.8   Anti-Lock Braking System (ABS)

 

BAB 4 : RODA

4.1   Pengenalan Roda

4.2   Fungsi Dan Binaan Tayar

4.3   Jenis–Jenis Kehausan Tayar

4.4   Tukar Tayar Dan Rim

4.5   Jajaran Roda

 

BAB 5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)

5.1   Menyediakan Jadual Kerja.

5.2   Melaksanakan Sesi Taklimat.

5.3   Penyediaan Budget.

5.4   Pemantauan Prestasi Pekerja

5.5   Latihan Pekerja.

5.6   Memantau Keselamatan Bengkel

5.7   Melaksanakan Pengurusan Sisa Buangan

5.8   Menyediakan Laporan Pengurusan

 

No comments:

Post a Comment

SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK

  1.0    SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK     1.1    Saluran Pemasaran   Saluran pemasaran ialah gabungan sekumpulan orga...