PENGENALAN RODA

 

Fungsi roda

 

Fungsi roda ialah

1.      Menyokong berat kenderaan.

2.      Memindahkan dayakilas memacu dan membrek.

3.      Merintang tujah sisi semasa membelok.

4.      Memudahkan tayar diimbangkan samada secara statik atau dinamik.

Jenis – jenis roda

 

1.      Roda keluli tertekan.

Roda ini ialah jenis yang paling banyak digunakan pada kenderaan. Ia mengandungi cakera keluli tertekan atau terhentak yang dikimpal kepada rim bulat luaran. Rim mempunyai bahagian tengah yang menurun atau telaga yang membenarkan tayar dikeluarkan dan dipasang dengan mudah. Ia juga mempunyai bonggol keselamatan untuk menempatkan kumai tayar, bonggol keselamatan ini akan memastikan bahawa kumai tayar tidak bergerak dalam arah sisi apabila tayar kurang kembung . Rim juga mempunyai lubang untuk menempatkan injap tayar.

 

Rajah 1: Roda keluli tertekan



 

Cakera keluli pula mempunyai lubang ditengah – tengahnya, untuk membenarkan roda dipasang ke atas pemasangan hab. Empat atau lima lubang tirus dijarakkan sama jauh disekeliling cakera, dimana nat cagakkan tirus menengahkan roda diatas pemasangan hab.

 

Terdapat juga lekah atau lubang yang dipotong pada cakera yang berdekatan dengan rim, dengan tujuan untuk membenarkan udara beredar untuk mendinginkan pemasangan gelendong brek atau cakera brek.

 

1.      Roda jenis jejari.

Roda jenis ini biasanya digunakan pada kereta lumba atau motorsikal. Ia adalah kuat tetapi ringan. Ia hanya mempunyai satu nat kunci, dariitu roda dapat ditukar dengan cepat.

 

Rajah 2: Roda berjejari



 

2.      Roda aloi.

Roda jenis ini dibina melalui proses tuangan, ia diperbuat daripada aloi alumunium dan magnesium. Ianya adalah ringan dan kuat. 

 

Rajah 3: Roda aloi alumunium



 

 

Saiz roda

 

Roda biasanya dikenali melalui tiga ukuran iaitu:

1. Lebar rim.

2. Tinggi bebibir.

3. Garispusat rim roda.



Rajah 4: Cara mengambil ukuran roda

 

Tanda pengenalan biasanya dicop pada rim roda. Tandaan lazim seperti 6JJ x 14 merujuk kepada:

6 – 6 inci lebar rim roda.

JJ – tinggi bebibir.

            14 – 14 inci garispusat roda

 

Nota:

Tinggi bebibir boleh dikenal pasti melalui huruf – huruf (J, K, JJ, dsb.). Huruf – huruf ini merujuk kepada tinggi tertentu, contohnya, bebibir rim ‘K’ ialah setinggi 0.77 inci.

Teruskan membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.

 

BAB 1 : SISTEM STERENG

1.1   Prinsip Stereng

1.2   Fungsi Dan Peranan Perangkai Stereng

1.3   Stereng Manual

1.4   Kotak Stereng

1.5   Susun Sistem Stereng Kuasa

1.6   Pam & Kotak Gear Stereng Kuasa

1.7   Operasi Sistem Stereng Kuasa 

1.8   Rombak Rawat Kotak Gear Stereng Kuasa

1.9   Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa

 

BAB 2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)

2.1   Jenis – Jenis Sistem Gantungan

2.2   Sambungan Bebola

2.3   Jenis – Jenis Bush Sistem Gantungan

2.4   Rubber Bump Stop

2.5   Penyerap Hentak

2.6   Jenis - Jenis  Pegas

2.7   Gantungan Hadapan

2.8   Gantungan Belakang

2.9   Tukar Ball Joint Dan Suspension Bush

2.10  Tukar Shock Absorber Dan Bump Stops

2.11  Buka Dan Pasang Pegas Dedaun

2.12  Buka Dan Pasang Topang Mc Pherson

 

BAB 3 : SISTEM BREK

 

3.1   Penerangan Sistem Brek

3.2   Periksa Dan Tukar Pad & Lining Brek

3.3   Periksan Dan Tukar Disk Dan Drum Brek

3.4   Buka Dan Pasang Brek Booster Dari Kenderaan

3.5   Kaedah Melakukan Bleeding

3.6   Overhaul Master Pump

3.7   Kesan Masalah (Troubleshooting)  Sistem Brek

3.8   Anti-Lock Braking System (ABS)

 

BAB 4 : RODA

4.1   Pengenalan Roda

4.2   Fungsi Dan Binaan Tayar

4.3   Jenis–Jenis Kehausan Tayar

4.4   Tukar Tayar Dan Rim

4.5   Jajaran Roda

 

BAB 5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)

5.1   Menyediakan Jadual Kerja.

5.2   Melaksanakan Sesi Taklimat.

5.3   Penyediaan Budget.

5.4   Pemantauan Prestasi Pekerja

5.5   Latihan Pekerja.

5.6   Memantau Keselamatan Bengkel

5.7   Melaksanakan Pengurusan Sisa Buangan

5.8   Menyediakan Laporan Pengurusan

 


No comments:

Post a Comment

SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK

  1.0    SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK     1.1    Saluran Pemasaran   Saluran pemasaran ialah gabungan sekumpulan orga...