MELAKSANAKAN PENGURUSAN SISA BUANGAN

Dalam pengurusan sisa buangan, setiap bengkel automotif mestilah menguruskannya dengan betul dan sah disisi undang-undang, bagi menjamin kebersihan dan keselamatan di tempat kerja dan alam sekitar. 

Bengkel automotif samaada bengkel servis kereta, servis tayar, ekzos dan sebagainya adalah tertakluk kepada undang-undang akta alam sekitar dan juga akta yang berkaitan dengan kerajaan tempatan. 

Majlis daerah, bandar dan bandaraya, mempunyai undang-undangnya tersendiri mengikut kawasan masing-masing yang undang-undangnya masih tertakluk pada undang-undang kerajaan tempatan yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal.

Di bengkel automotif sisa buang seperti, alat ganti kenderaan, tayar minyak enjin dan bahan kimia perlulah diurus dengan baik dan terjadual bagi mengelakan longgokan sisa buangan serta pembungan minyak ke dalam longkong. 

Sebagai seorang penyelia bengkel, perkara-perkara sebegini perlulah diambil kira agar suasana tempat kerja selesa dan kemas serta tidak menjadi punca pembiakan nyamuk edis.

Tayar-tayar yang tidak pakai, perlu lah dikumpul dan dijual atau di buang ke tempat yang dibenarkan oleh majlis kerajaan tempatan. Minyak enjin tidak boleh dibuang ke dalam longkang, sebaliknya, perlulah dibuang ke dalam tong atau bekas besar yang disediakan, dan jika penuh perlulah dipanggil vendor atau syarikat yang mempunyai lesen untuk mengabil atau membeli minyak enjin terpakai/terbuang, untuk diproses membuat gris dan sebagainya. 

Rajah 1 : Tangki dan tong minyak tempat pembungan minyak.

Rajah 2 : Longokan tayar dari sisa buangan bengkel





Sebagai contoh, lebih kurang sama di tempat-tempat kawasan lain, Majlis Pembandaran Subang Jaya (MPSJ) telah menetapkan beberapa syarat kepada pemegang-pemegang lesen perniagaan mengenai bengkel kenderaan. Berikut adalah beberapa peraturan yang telah ditetapkan:-

SYARAT-SYARAT PEMATUHAN LESEN PERNIAGAAN DAN IKLAN

AKTIVITI PERNIAGAAN: PUSAT SERVIS KENDERAAN, PUSAT CUCI KERETA & KEDAI AKSESORI KERETA

1.       Peraturan Am

        Lesen berkuatkuasa dari tarikh pembayaran lesen sehingga tarikh tamat lesen yang tercatat pada lesen perniagaan.

        Lesen hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di premis perniagaan.

        Lesen tidak boleh dipindahmilik melainkan dengan kebenaran bertulis Majlis.

        Pihak berkuasa melesen boleh memasuki dan memeriksa mana-mana tempat atau premis yang digunakan atau percaya dengan munasabah premis digunakan bagi maksud tred, perniagaan dan perindustrian

        Pihak berkuasa melesen boleh meminta dari pemegang lesen apa-apa maklumat berkenaan dengan pengurusan tred, perniagaan atau perindustrian dan pemegang lesen atau pekerjanya hendaklah memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki daripadanya.

        PENALTI akan dikenakan kepada seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan Undang-Undang Kecil dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 2000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan denda tidak melebihi RM 200.00 tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

        Tidak dibenarkan menjadikan premis perniagaan sebagai penginapan persendirian.

        Aktiviti perniagaan dijalankan di premis yang dibenarkan bagi tujuan aktiviti perniagan sahaja dan membayar lesen tahunan yang dikenakan oleh Majlis serta mematuhi segala syarat-syarat penggunaan bangunan yang berkaitan.

        TIDAK menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyalahi dan bertentangan dengan apa jua undang-undang yang dikuatkuasa. TINDAKAN PENGUATKUASAAN akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

        Beg plastik pakai buang (disposable/single use) tidak akan dibekalkan kepada pengguna secara percuma.

        Penggunaan bekas makanan dan peralatan daripada polistirena akan di berhentikan. 2.

 

2.       Aktiviti

        Tidak dibenarkan menjalankan aktiviti perniagaan selain daripada yang dilesenkan.

        Aktiviti perniagaan perlu dijalankan di dalam premis sahaja.

        Sebarang aktiviti membuat dan memproses hanya boleh dijalankan di premis yang berstatus industri atau kilang sahaja.

        Bahan makanan dan bahan kimia hendaklah dijual/disimpan secara berasingan dan berlabel.

        Aktiviti mengecat atau menyembur kenderaan perlu dijalankan di dalam premis dan mestilah dalam keadaan tertutup.

        Bagi aktiviti pusat mencuci/mengilat serta kecantikan kereta setiap dinding haruslah dipasang jubin atau bahan yang sesuai sekurang-kurangnya 5 kaki dari paras lantai. Lantai juga hendaklah diperbuat daripada mozek atau jubin. Premis perlu menyediakan saluran air yang teratur bagi menyalurkan air basuhan ke tanki kumbahan.

        Bagi aktiviti seperti pusat servis, kedai tayar, kedai aksesori kenderaan, pusat mengilat/mencuci/kecantikan kereta, kedai menjual kenderaan dan lain-lain aktiviti perniagaan yang berkaitan, syarikat perlu menyewa petak khas tempat letak kereta sekurang-kurangnya 1 petak untuk laluan keluar masuk kenderaan sahaja.

 

 

3.       Keperluan Teknikal

        Premis hendaklah mempunyai bekalan air paip yang disambungkan ke sesalur air dari bekalan air awam.

        Pemegang lesen hendaklan memastikan terdapat pencahayaan yang mencukupi di premis perniagaan.

        Pemegang lesen hendaklah memastikan terdapat pengudaraan yang cukup di dalam premis.

        Tidak dibenarkan membuat apa-apa sambungan binaan di luar dari premis asal atau binaan yang menutup longkang tanpa kebenaran Majlis.

        Sekiranya terdapat ubahsuai yang melibatkan binaan ruang atau bilik yang tidak kurang dari 6.5m2 / 70kp hendaklah mengemukakan permohonan permit Pelan Setara Sekatan Dinding.

        Sekiranya terdapat ubahsuai yang melibatkan pecahan dinding melebihi 3m perlulah memohon Permit Pelan Setara Pecahan Dinding.

        Sekiranya terdapat ubahsuai yang melibatkan binaan penutup longkang pemilik premis perlulah memohon permit pelan penutup longkang dan membina ‘ms grating’ untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan. Menutup keseluruhan longkang adalah tidak dibenarkan.

        Binaan ‘ramp’ adalah dibenarkan walaubagaimanapun pemilik premis perlu mendapatkan kelulusan termasuk penyewaan petak khas tempat letak kereta dan tertakluk kepada syarat-syarat serta peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis.

        Binaan ‘awning’ tanpa tiang perlu mendapatkan kelulusan permit pelan ‘awning’. Jika binaan ‘awning’ melebihi 5 kaki dan bertiang perlu mendapatkan kelulusan pelan Jabatan Bangunan.

        Perlu memperbaharui kelulusan Kebenaran Merancang 3 bulan sebelum tamat tempoh bagi premis yang melibatkan perubahan material.

        Bagi premis yang mendapat status kelulusan struktur sementara, perlu memperbaharui permit sementara bangunan sebelum pembaharuan lesen boleh dibenarkan.

        Iklan pylon, skysign, iklan fasad dan lain-lain jenis iklan luaran perlu mendapatkan kelulusan permit iklan sementara dan perlu mendapatkan permit binaan struktur daripada Jabatan Bangunan

 

4.       Kemudahan Sanitari

        Premis pusat servis kenderaan dan bengkel membaiki kenderaan hendaklah menyediakan perangkap minyak (grease trap) yang berfungsi dan diselenggara dengan baik.

        Semua air basuhan, cucian, pemprosesan, buangan cecair kotor atau lain-lain benda yang menganggu atau benda kotor hendaklah disalurkan ke sistem saluran kumbahan premis.

        Tidak dibenarkan mengadakan sebarang sistem saluran secara terus ke dalam longkang, siar kaki, kawasan pejalan kaki atau mana-mana tempat awam di hadapan, belakang atau di sebelah premis.

        Pemegang lesen hendaklah menyelenggara dan memastikan tandas serta sinki sentiasa berada dalam keadaan bersih dan sempurna pada sepanjang masa.

 

5.       Kesihatan dan  Keselamatan

        Pemegang lesen hendaklah memastikan tidak berlaku kesesakan di dalam premis.

        Pemegang lesen hendaklah memastikan alat kelengkapan mencegah kebakaran dipasang dengan cukup, tangga dan jalan keluar diselenggara dengan baik.

        Menyediakan alat pemadam api mengikut spesifikasi dan kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat

        Alat pemadam api perlu dihantar ke Jabatan Bomba bagi setiap tahunan untuk diuji.

        Semua alat pemadam api perlu digantung 1 meter di atas lantai dan berdekatan laluan keluar supaya mudah dilihat dan dicapai.

        Semua laluan hendaklah bebas daripada sebarang halangan dan rintangan.

        Memastikan semua kehendak keselamatan kebakaran yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dipatuhi sepenuhnya.

        Bahan-bahan mudah terbakar hendaklah disimpan dalam bekas bertudung tutup sendiri yang reka bentuknya telah mendapat kelulusan.

        Pemegang lesen tidak boleh membuat atau menyebabkan bising yang akan menjadi kacauganggu semasa menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan atau perindustrian.

        Jarak minima yang sesuai untuk penyelenggaraan dan tiada kesesakan bagi ruang kelegaan (stor).

        Menyediakan peti pertolongan cemas disetiap premis.

        Pemilik premis hendaklah memastikan kawasan premis bebas daripada tempat pembiakan nyamuk dan serangga pembawa penyakit.

 

6.       Kebersihan

        Pemegang lesen tidak boleh menyebabkan atau membenarkan apa-apa bahan ada dilonggokkan, ditumpahkan atau diserakkan ke dalam longkang atau lain-lain tempat awam atau persendirian.

        Pemegang lesen tidak boleh menyebabkan, membiarkan, membenarkan atau mengizinkan penyebaran apa-apa kuantiti habuk, wap, haba, gas, pancaran, bau, hiduan, getaran asap dan jelaga dari tempat atau premis yang merupakan suatu kacau ganggu atau boleh mencemarkan udara.

        Menyediakan kemudahan tempat mencuci tangan yang bersih, sempurna dan dan disalurkan ke dalam sistem sanitari dalaman serta mempunyai sabun dan alat pengering.

        Pemegang lesen hendaklah menyelenggara tandas dan sinki secara berjadual.

        Kebersihan premis dan kawasan sekeliling hendaklah sentiasa dijaga dan tidak memberi kacauganggu kepada masyarakat setempat.

        Menjaga dan memastikan sistem perparitan dan saliran berfungsi dengan sempurna

 

7.       Pengurusan sisa

        Pemilik premis hendaklah menyediakan tong sampah yang mencukupi, sempurna dan seragam bersaiz minimum 120liter ke atas, bertutup dan beroda. Bagi premis yang mempunyai kebuk sampah, tong sampah perlu mengikut saiz kebuk sampah tersebut.

        Semua sampah pepejal basah hendaklah dimasukkan dalam beg plastik berwarna hitam dan sampah kitar semula hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik berwarna hijau sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah. Penggunaan beg plastik biodegradable amatlah digalakkan.

        Tong sampah hendaklah diletakkan di hadapan premis (atau mana-mana lokasi lain yang diarahkan oleh pihak MPSJ bagi memudahkan tujuan kutipan sampah di kawasan tersebut). Tidak dibenarkan meletakkan tong sampah di atas petak tempat letak kereta.

        Semua sampah komersial dan industri mestilah dilupuskan menggunakan perkhidmatan PANEL KONTRAKTOR SISA INDUSTRI / KOMERSIAL MPSJ

        Semua sisa berjadual hendaklah dilupuskan menggunakan perkhidmatan PANEL KONTRAKTOR SISA BERJADUAL DARIPADA JABATAN ALAM SEKITAR.

8.       Iklan Dan Promosi

        Hanya iklan yang dilesenkan sahaja boleh dipamerkan di premis yang berlesen.

        Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi semua iklan samada ianya sahaja atau bersama dengan apa-apa bahasa lain, UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Iklan MPSJ 2007

        Jika Bahasa Kebangsaan digunakan bersama dengan bahasa lain dalam sesuatu iklan, perkataan dalam Bahasa Kebangsaan hendaklah berukuran tiga puluh peratus lebih besar daripada bahasa lain, diutamakan dari segi kedudukan dan digunakan dengan nahu yang betul. UUK 3(2) Undang-Undang Kecil Iklan (MPSJ) 2007.

        Hanya bahasa yang digunakan oleh kaum dan etnik Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sahaja yang boleh dipaparkan pada iklan yang dipasang.

        Jika perniagaan bukan didaftarkan dalam Bahasa Kebangsaan ia tidak perlu diterjemahkan di dalam Bahasa Kebangsaan. Walau bagaimanapun, iklan tersebut hendaklah menyatakan aktivitinya di dalam Bahasa Kebangsaan.

        Sebarang perubahan terhadap visual perlu mendapat kelulusan daripada Majlis.

        Struktur dan visual iklan perlu diselenggara dan dipastikan dlam keadaan baik dan selamat • Sebarang aktiviti dan peralatan /bahan promosi (promosi, kain rentang, belon, mesin angina dan lain-lain bentuk peralatan promosi) perlu mendapat kelulusn dan permit promosi daripada Majls.

        Perlu mendapat kelulusan KPDNKK bagi sebarang jualan harga murah dan jualan gudang.

        Promosi yang dijalankan di atas petak letak kereta perlu mendapatkan permit sewa tempat letak kereta dan permit pemasangan khemah (jika ada).

        Promosi yang dijalankan di luar premis hanya boleh dijalankan pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja dengan kebenaran Majlis.

 

9.       Pemunggahan(Loading/Unloading)

        Aktiviti pemunggahan hendaklah tidak menghalang lalulintas.

        Aktiviti pemunggahan yang menggunakan lori 1 tan atau lebih hendaklah dijalankan di lorong belakang premis dari jam 8 pagi hingga 6 petang (kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum) boleh dijalankan di hadapan premis dari jam 6 petang hingga 8 pagi (kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum) kecuali bagi premis yang tidak mempunyai lorong belakang.

 

10.   Perlanggaran Syarat

        Sekiranya syarat-syarat di atas dan syarat-syarat semasa yang ditetapkanoleh pihak Majlis tidak dipatuhi, maka tindakan penguatkuasaan merangkumi Notis Amaran, Notis Tawaran Kompaun (NTK), sitaan, penutupan premis, penggantungan lesen dan pembatalan lesen serta lain-lain tindakan boleh diambil mengikut undang-undang berikut :

§      Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPSJ) 2007

§      Undang-undang Kecil Iklan (MPSJ) 2007

§      Undang-undang Kecil Pusat Sukan Persendirian (MPSJ) 2007

§      Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (MPSJ) 2007

§      Undang-undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MPSJ) 2007

§      Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MPSJ) 2007

§      Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1995

§      Undang-undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MPSJ) 2005

§      Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (MPSJ) 2007

§      Undang-undang Kecil Kolam Renang (MPSJ) 2007

§      Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPSJ) 2007

§      Undang-undang Kecil Kerja Tanah (MPSJ) 2007

§      Akta 133, Jalan Parit dan Bangunan

§      Akta 172

§      Akta Kastam 1967

Tindakan juga boleh dikenakan kepada pemegang lesen mengikut undangundang lain yang diperuntukkan selain dari yang dinyatakan di dalam syaratsyarat pematuhan lesen perniagaan dan iklan ini.

 

Teruskan membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.

 

BAB 1 : SISTEM STERENG

1.1   Prinsip Stereng

1.2   Fungsi Dan Peranan Perangkai Stereng

1.3   Stereng Manual

1.4   Kotak Stereng

1.5   Susun Sistem Stereng Kuasa

1.6   Pam & Kotak Gear Stereng Kuasa

1.7   Operasi Sistem Stereng Kuasa 

1.8   Rombak Rawat Kotak Gear Stereng Kuasa

1.9   Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa

 

BAB 2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)

2.1   Jenis – Jenis Sistem Gantungan

2.2   Sambungan Bebola

2.3   Jenis – Jenis Bush Sistem Gantungan

2.4   Rubber Bump Stop

2.5   Penyerap Hentak

2.6   Jenis - Jenis  Pegas

2.7   Gantungan Hadapan

2.8   Gantungan Belakang

2.9   Tukar Ball Joint Dan Suspension Bush

2.10  Tukar Shock Absorber Dan Bump Stops

2.11  Buka Dan Pasang Pegas Dedaun

2.12  Buka Dan Pasang Topang Mc Pherson

 

BAB 3 : SISTEM BREK

 

3.1   Penerangan Sistem Brek

3.2   Periksa Dan Tukar Pad & Lining Brek

3.3   Periksan Dan Tukar Disk Dan Drum Brek

3.4   Buka Dan Pasang Brek Booster Dari Kenderaan

3.5   Kaedah Melakukan Bleeding

3.6   Overhaul Master Pump

3.7   Kesan Masalah (Troubleshooting)  Sistem Brek

3.8   Anti-Lock Braking System (ABS)

 

BAB 4 : RODA

4.1   Pengenalan Roda

4.2   Fungsi Dan Binaan Tayar

4.3   Jenis–Jenis Kehausan Tayar

4.4   Tukar Tayar Dan Rim

4.5   Jajaran Roda

 

BAB 5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)

5.1   Menyediakan Jadual Kerja.

5.2   Melaksanakan Sesi Taklimat.

5.3   Penyediaan Budget.

5.4   Pemantauan Prestasi Pekerja

5.5   Latihan Pekerja.

5.6   Memantau Keselamatan Bengkel

5.7   Melasanakan Pengurusan Sisa Buangan 

5.8   Menyediakan Laporan Pengurusan


 


No comments:

Post a Comment

SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK

  1.0    SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK     1.1    Saluran Pemasaran   Saluran pemasaran ialah gabungan sekumpulan orga...