LATIHAN PEKERJA

 

Latihan kakitangan/staf adalah penting bagi memastikan operasi syarikat berjalan dengan lancar tanpa ada kegagalan. Latihan kakitangan juga penting apabila terdapat situasi baru, keadaan perubahan baru yang mana, kebolehan syarikat untuk bersaingan, adalah bergantung kepada kepakaran pekerja-pekerja syarikat. Bagi memastikan perkara ini tercapai, penyelia haruslah menjalankan latihan kakitangan supaya perkara ini tercapai. Terdapat pelbagai pendekatan yang dilakukan yang perlu diketahui oleh penyelia, bagi melestarikan perkara ini, antaranya ialah:-

1.    Jenis-jenis latihan

2.    Penyeliaan, mentor dan kejurulatihan

3.    Jenis-jenis bahan latihan

4.    Kemahiran motivasi dan kaunseling

5.    Kemahiran penyampaian dan demostrasi

 

1.1  JENIS-JENIS LATIHAN

 

Penerangan Latihan

1.    Kemahiran merancang program latihan dan pembangunan modal insan asset utama pengamal sumber manusia.

2.    Program latihan bertujuan menyelesaikan atau mengurangkan masalah prestasi pekerja, maka menentukan latihan yang betul dan efektif adalah perlu.

3.    Kaedah menilai keberkesanan program latihan juga menjadi penting kerana program latihan yang tidak memberi kesan hanya akan menghabiskan banyak masa ramai orang.

4.    Mempelajari subjek latihan seperti menghadiri program “Train the Trainer” menjadi keperluan bagi pengamal sumber manusia dan pekerja lain yang terlibat dengan pengendalian latihan dalaman.

5.    Secara umumnya latihan adalah aktiviti yang di rancang.

6.    Ianya dianjurkan bagi :-

a.    mempelajari teknologi

b.    kaedah dalam pembangunan tingkah laku,

c.    membina pengetahuan dan

d.    meningkatkan kemahiran secara sistematik

7.    Ini bertujuaan supaua seseorang itu memiliki keupayaan untuk melaksanakan tugas pada standard yang ditentukan.

8.    Setiap benda atau perkara berubah setiap saat secara global.

9.    Kita harus respon kepada perubahan teknologi dan methodologi.

10. Ini bertujuan untuk pembangunan organisasi.

11. Pembangunan organisasi bergantung sepenuhnya kepada orang-orang di sekelilingnya.

12. Kita harus mempelajari kemahiran baru dan membangunkan keupauyaan untuk kekal berdaya saing.

13. Matlamat latihan adalah meningkatkan pasukan dengan cara menggunakan secara maximum prestasi ahlinya secara efisyen.

14. Latihan biasanya terbahagi kepada beberaoa jenis iaitu :-

a.    Latihan dalam syarikat

1.     Terdapat pelbagai latihan dalam syarikat adalah;

2.     daripada yang diberi kepada pekerja tahap baru masuk,

3.     latihan bagi kumpulan pengurus dan eksekutif, untuk memperbaiki keupayaan pekerjaan sehinggalah untuk menyiapkan mereka bagi kenaikan pangkat.

4.     Latihan seperti ini boleh jadi formal atau tidak formal, berpusat atau tidak berpusat, dirancang atau tanpa dirancang.

b.    latihan formal

1.    Aktiviti yang telah dibuat sebagai sebahagian daripada rancangan latihan sesebuah syarikat adalah latihan formal.

2.    Sebagai contohnya, jika pengenalan sesebuah syarikat itu telah diadakan dan masa telah ditetapkan bagi persembahan kepada pekerja baru oleh satu atau lebih mereka yang ditugaskan,

3.    ia menjadi sebahagian daripada program latihan formal.

c.    Latihan tidak formal

1.     Latihan yang dibuat oleh setiap penyelia bagi seseorang individu untuk diadakan dalam sebarang cara yang diingininya.

2.     Contohnya, jika pengenalan dijalankan oleh penyelia yang merasakan ianya perlu dilakukan, latihan ini adalah tidak formal.

d.    Latihan Orientasi

1.     Latihan orientasi ialah proses memberikan maklumat syarikat kepada pekerja baru.

2.     Ia mungkin termasuklah maklumat mengenai sejarah syarikat, founders dan penggantinya, eksekutif terkini dan bidang tanggungjawab besar mereka serta carta organisasi.

3.     Latihan orientasi juga biasanya melibatkan penerangan polisi syarikat, tanggungjawab setiap pekerja untuk melaksanakan polisi dan peraturan yang mengawal tingkahlaku dalam syarikat.

4.     Ini termasuklah hari dan waktu bekerja; pintu masuk dan keluar; ruang untuk menyimpan kot dan lain-lain kepunyaan semasa hari bekerja; penggunaan tempat rehat pekerja, bilik makan dan tandas; perkhidmatan perubatan yang boleh didapati; kecemasan; dan lain-lain arahan umum yang penting.

5.     Orientasi biasanya sama bagi setiap pekerja.

6.     Keseimbangan latihan awal berbeza bergantung kepada bidang pekerja ini akan bekerja.

7.     Dalam bahagian kedua latihan awal, pekerja baru diberikan penerangan mendalam pekerjaan spesifik yang akan mereka lakukan.

e.     Latihan semula

1.     Jika seseorang membuat banyak kesilapan dalam pekerjaannya atau tidak tahu rutin kedudukannya, latihan semula mungkin diperlukan.

2.     Ianya adalah proses membina semula pekerja dalam kemahiran yang mereka sepatutnya telah dipelajari dalam latihan awal. 

3.     Latihan semula mungkin berpusat jika kamahiran adalah umum dan diajar pada mulanya oleh kakitangan latihan.

4.     Contohnya, peralatan operasi yang betul bagi pemproses perkataan atau pemproses data boleh jadi lebih berkesan ditunjukkan semula oleh jurulatih berpusat.

5.     Untuk kemahiran yang lebih unik, seperti mengendalikan borang atau mesin khas, yang hanya dilakukan di beberapa lokasi, latihan tidak berpusat dalam jabatan mungkin lebih baik.

6.     Latihan semula biasanya lebih sukar untuk dicapai berbanding latihan awal.

7.     Pekerja tidak hanya perlu membuang cara yang tidak betul membuat sesuatu kerja malah mesti belajar prosedur yang betul.

8.     Jika pekerja tidak memahami arahan semasa latihan awal, dia boleh jadi lebih sukar memahami arahan semasa latihan semula, kerana mengetahui dia telah gagal kali pertama membuatkan dia bimbang gagal kali kedua.

f.     Latihan kenaikan pangkat

1.     Bila seseoarng pekerja bersedia untuk maju dari satu kerja ke kerja yang lain, dia mungkin memerlukan kemahiran dan/atau pengetahuan untuk melakukan kerja baru.

2.     Ini boleh dibina menerusi latihan kenaikan pangkat.

3.     Arahan spesifik yang diberikan dalam latihan ini bergantung kepada kerja dalam pangkat yang baru.

4.     Contohnya, latihan pekerja untuk jawatan junior executive biasanya termasuk penerangan tugasan pekerjaan

g.     Latihan bersambungan

1.     Latihan bersambung adalah lebih daripada latihan awal dalam memberikan pekerja maklumat yang diperlukan dan diingini.

2.     Tujuannya ialah supaya pekerja mengikuti peredaran masa berkenaan sebarang perubahan dalam persekitaran kerja, untuk memanjangkan latihan untuk memasukkan maklumat kerja lebih maju atau untuk memperbaiki sikap  mereka sesama pekerja, penyelia dan pelanggan.

h.    Latihan Industri (On Job Traning)

1.    Latihan industry merupakan latihan yang dilakukan ditempat kerja sebenar, setelah peserta menjalani latihan teori dan amali di institut atau di pusat latihan syarikat (Company Traning Centre).

2.    Latihan industri bertujuan untuk mendedahkan pekerja pada situasi kerja sebenar.

3.    Pekerja akan diajar dan dipantau oleh penyelia ditempat kerja tersebut.

 

 

Kategori Latihan

1.    Secara umumnya terdapat beberapa pendekatan kategori latihan

2.    Antaranya ialah :-

a.    Latihan Induksi - Aktiviti yang membolehkan pengguna mempelajari dan menggunakan prosedur, proses, standard, sistem dan peralatan yang baru termasuk suasana, dokumen dan komunikasi.

b.    Latihan Tingkah Laku - Aktiviti berkaitan latihan asas pembangunan sikap minda positif yang melibatkan penyampaian berunsur dorongan.

c.    Latihan Pembinaan Pengetahuan - Aktiviti pembelajaran yang melibatkan pemberian dan penerimaan informasi baru atau yang dikemaskini berkaitan teknik, kaedah, perundangan dan hal-hal lain yang perlu.

d.    Latihan Kemahiran - Aktiviti yang melibatkan pembelajaran "hard skill" dan "soft skill" bertujuan meningkatkan kreativiti dan prestasi kerja.

e.    Latihan Pengurusan - Aktiviti yang melibatkan pembelajaran dan latihan berkaitan pembangunan organisasi menerusi pengurusan orang, sistem, risiko dan perancangan strategi.

 

3.2 PENYELIAAN, MENTOR DAN KEJURULATIHAN

Penyeliaan

1.    Penyeliaan ialah kerja-kerja yang dilakukan oleh seorang penyelia yang diberi kuasa, tanggungjawab untuk merancang, mengelola, memimpin dan mengawal tugasan dan pekerjanya untuk mencapai visi, misi dan objektif organisasinya.

2.    Kemahiran yang perlu ada pada  penyelia  ialah

a.    Kemahiran kemanusiaan –  Penyelia juga mestilah berkebolehan untuk sama-sama bekerja , memahami dan mendorong orang lain sama ada sebagai individu atau  kumpulan

b.    Kemahiran teknik – Kebolehan menggunakan alat, tatacara dan teknik melaksanan sesuatu kerja “Job-Know_How”.

c.    Kemahiran pentadbiran – Berpengetahuan terhadap semua organisasi dan mengetahui bangaimana menyelaras, merancang mengawal serta sistem rekod dan maklumat.

d.    Kemahiran konsep – Merupakan konsep-konsep atau kaedah bagi memantau dan mengawal pekerja dan kerja.

Bimbingan

Mentoring

1.    Bimbingan adalah satu proses untuk membantu seseorang dalam melakukan tugas-tugasnya.

2.    Bimbangan ini, adalah bertujuan agar proses kerja berjalan dengan lancar.

3.    Bimbingan merupakan satu proses pembentukkan kebolehan bekerja disamping membentuk jati diri.

 

Kejurulatihan

Coaching

1.    Kejurulatihan merupakan satu tugas seseorang (jurulatih) yang membawa kumpulan atau individu yang diajar/diasuh/dibina ke tujuan/arah yang diinginkan oleh kumpulan atau individu tersebut.

2.    Jurulatih adalah merupakan kemudahan untuk pekerja bertanya, memberi maklum balas, dan juga berperanan sebagai salah seorang ahli dalam proses atau struktur, tentang bagaimana mengelola cara berfikir sehingga mampu menghasilkan prestasi yang lebih efektif.

3.    Melalui jurulatih, pekerja boleh memimpin dirinya sendiri, memudahkannya belajar, mampu menyesuaikan diri dengan situasi semasa, mengembangkan fikiran dan ideanya sendiri, yang mana semuanya bukan bergantung kepada orang lain.

4.    Namun dengan proses Coaching ini, pekerja mampu bergantung kepada diri sendiri untuk menghasilkan keputusan dan tindakan yang "lebih" baik lagi.

5.    fungsi jurulatih adalah memudahkan pelanggan/ pekerja / orang yang dibinanya, menjadi sedar dengan bagaimana berfikir bagi menumpukan penyelesaian dengan cara menyedarkan tentang apa yang sedang dialaminya ketika ini, dan mengajak orang yang sedang dibinanya untuk menyedari dengan sendiri apa yang diperlukan dan mencari bagaimana cara untuk merealisasikannya.

 

3.3  JENIS-JENIS BAHAN LATIHAN

1.    Bahan latihan merupakan alatan dan bahan dalam membantu menjalan latihan/kursus.

2.    Latihan yang melibatkan kemahiran biasanya menggunakan WIM

3.    WIM ialah Writing Imformation Material

4.    Terdapat 3 kertas bahan latihan/pembelajaran.

5.    Antaranya ialah :-

a.    Kertas Penerangan

1.    Kertas ini meruoakan bahan latihan/pembelajaran yang menerangkan tentang konsep dan teori bagi sesuatu kemahiran.

2.    Contohnya teori enjin, teori sistem pelinciran, dan teori sistem transmisi.

b.    Kertas kerja

1.    Kertas ini meruoakan bahan latihan/pembelajaran yang menerangkan dan menunjukkan cara-cara melakukan kerja-kerja amali.

2.    Contohnya cara-cara merombok rawat enjin diesel 6 silinder.

c.    Kertas Tugasan

1.    Kertas ini merupakan bahan latihan/pembelajaran yang mengandungi soalan-soalan tentang perkara-perkara yang terdapat dalam Kertas Penerangan.

2.    Kerta ini juga boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti soalan dan pemeriksaan yang terdapat dalam  Kertas Kerja, contohnya laporan pemeriksaan rombak rawat enjin.

d.    Pelan Mengajar - Kertas ini merupakan bahan latihan/pembelajaran yang digunakan oleh pengajar sebagai panduan untuk mengajar, supaya pengajar tidak lari dari tajuk.

6.    Antara lain bahan latihan ialah alat bantuan mengajar seperti:-

1.    LCD projector

2.    Papan putih

3.    Kerusi

4.    Meja

5.    Komputer

 

3.4  KEMAHIRAN MOTIVASI DAN KAUNSELING

Motivasi Kerja

1.    MOtivasi ialah rangsangan dalaman atau semangat iatu penggerak kepada kelakuan untuk membangkitkan tindakan yang berpunca daripada satu tujuan atau beberapa tujuan.

2.    Ahmad Atory Hussain berpendapat bahawa manusia yang tiada motivasi disebabkan oleh berikut:-

a.    Tidak ada tujuan hidup Ø

b.    Meragui potensi diri Ø

c.    Puas dengan apa yang ada Ø

d.    Tabiat suka menangguhkan kerja Ø

e.    Mempunyai simbol-simbol palsu dalam kejayaan

3.    Petanda kemelesetan dorongan /motivasi

a.    Sering engkar arahan Ketua

b.    Selalu bosan dengan kerja

c.    Tidak produktif dan malas bekerja.

d.    Selalu datang lewat / balik cepat.

e.    Kerap mengambil cuti

f.     Sering ponteng kerja

g.    Kerapkali tidak hadir mesyuarat tanpa sebab

h.    Gemar melaksanakan kerja tanpa mengikut peraturan.

i.     Selalu tidak menyiapkan tugasan.

j.     Mengasingkan diri dari rakan-rakan kerja.

k.    Selalu bertengkar dengan pelanggan.

4.    Berikut adalah beberapa kaedah untuk memotvasikan pekerja

1.    Penetapan matlamat – matlamat syarikat/seksyen/bahagian /unit mestilah jelas

2.    Pengurusan bermatlamat – Setiap pengurusan kerja mestilah jelas matlamatnya

3.    Reka bentuk pusingan kerja yang jelas

4.    Pengupayaan – Pastikan kerja-kerja dan proses yang dilakukan berupaya dan dapat menganangani masalah.

5.    Perluasan kerja – Kerja mestilah jelas dan luaskan skop kerja tanpa melebihi sempadan pihak atasan.

6.    Pengkayaan kerja – Pastikan ada inovatif dan inesiatif dalam proses kerja dan melakukan kerja bagi mengkayakan dan meningkatkan kualiti.

7.    Kualiti susunan kerja – Kualiti susunan kerja mestilah teratur dan tidak serabut, yang mana dahulu didahulukan dan yang kemudian di kemudiankan.

8.    Ganjaran – Pastikan anda memberikan ganjaran yang munasabah terhadap hasil kerja yang berkualiti supaya meningkatkan motivasi.

 

Kemahiran kauseling

1.    Proses perhubungan atau interaksi yang professional.

2.    Ini bertujuan untuk membantu secara sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor/penyelia bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien/pekerja yang baik dan menyeluruh berlansdaskan etika kaunseling.

3.    Pendekatan psikologi dan kaunseling merupakan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang menekankan aspek berikut:-

a.    Pembangunan

b.    Pencegahan

c.    Pemulihan

4.    Objektif perkhidmatan kaunseling ialah bertujuan menolong pekerja untuk :

a.    Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu/pekerja membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.

b.    Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.

c.    Membuat penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya dengan persekitaran di dalam dan di luar pejabat.

d.    Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri.

e.    Berfikir secara rasional dan bertindak secara berkesan di dalam membuat keputusan untuk mengatasi persoalan-persoalan yang dihadapi.

f.     Membentuk tabiat membiasakan belajar dengan baik dan berkesan.

g.    Membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi individu yang berintegriti.

h.    Merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.

5.    Perkhidmatan kaunseling dijalankan dengan cara mengadakan pertemuan pekerja dengan kaunseling diadakan di dalam bilik kaunseling yang selesa.

6.    Sebagai seorang penyelia, sifat-sifat kaunselor mesti ada.

7.    Sifat-sifat itu ialah:-

  1. Sedia mendengar semua persoalan pekerja.
  2. Menerima pekerja tanpa syarat.
  3. Menerima dan merahsiakan apa yang ada perkatakan.
  4. Menghormati pekerja sebagai individu.
  5. Sedia berjumpa anda bila-bila masa.

8.    Perkara ini boleh dijalankan secara kaunseling individu atau kaunseling kelompok.

a.    Kaunseling individu   : pertemuan pekerja dengan penyelia

b.    kaunselor kelompok  : pertemuan pekerja dengan beberapa rakan yang mempunyai persoalan yang sama dengan penyelia.

9.    Sebagai penyelia kita juga boleh melakukan program seperti berikut bagi mengkauseling pekerja kita

  1. Rakan pembimbing perkhidmatan
  2. Mentoring
  3. Program pencegahan
  4. Kempen kesedaran
  5. Program peningkatan kendiri

3.5 KEMAHIRAN PENYAMPAIAN DAN DEMOSTRASI

Penyampaian/Presntasi

1.    PENGAJARAN adalah satu proses penyampaian ilmu pengetahuan, maklumat, dan kemahiran kepada pelajar/peserta/orang ramai.

2.    Penyampaian yang berkesan ialah penyampaian yang berupaya mencapai hasil pembelajaran mengikut objektif yang dirancang bagi memberi kefahaman kepada pelajar/peserta/orang ramai.

3.    Ciri-ciri penyampaian yang berkesan ialah:-

a.    Kejelasan

b.    Ketepatan Bahasa

c.    Penyoalan

d.    Ransangan

e.    Galakan

f.     Penglibatan

g.    Maklum balas

h.    Rumusan

i.     Penilaian.

4.    Teknik penyampaian adalah seperti berikut:-

a.    Teknik bercerita

1.    Cerita adalah salah satu teknik presentasi yang selalu menarik dalam presentasi.

2.    Kebanyakan orang suka dengan cerita dan ini amat sukar untuk ditolak oleh audiens/penontot.

3.    Jika cerita disusun dengan baik, dan natural ketika disampaikan,  anda tidak hanya mempengaruhi pikiran audiens/penonton tetapi andai juga membangun hubungan emosional yang baik dengan audiens/penonton.

4.    Gunakan cerita yang sesuai dengan topik yang anda sampaikan.

5.    Ceritakan pengalaman pribadi anda atau pengalaman orang lain yang hebat, mengharukan atau pun yang lucu.  

6.    Berceritalah dengan penuh yakin dan penghayatan.

b.    Teknik Berjenaka

1.    Beberapa persembahan terbaik dan paling buruk bergantung kepada jenaka.

2.    Perbezaannya terletak pada bila-bila dan bagaimana anda menggunakannya.

3.    Jenaka yang disampaikan secara tepat akan membuat penonton benar-benar terhibur dengan persembahan anda.

4.    Sangat hebat, jika jenaka disampaikan secara bersahaja.

5.    Ertinya anda sebagai presenter benar-benar mampu menunjukkan jenaka yang tidak dibuat-buat.

6.    Walaupun memang jenaka itu sudah menjadi sebahagian daripada persediaan anda.

7.    Anda harus benar-benar sudah berlatih, sehingga anda mampu menyampaikannya secara bersahaja.

8.    Tetapi anda perlu ingat, jangan memaksa diri anda untuk menggunakan jenaka, jika anda sendiri tidak mempunyai minat untuk berjenaka.

9.    Ini kerana menggunakan jenaka dalam persembahan memerlukan kemahiran khusus yang tidak semua presenter mampu melakukannya.

c.    Tenik Pengulangan.

1.    Untuk meyakinkan penonton tentang pernyataan penting yang anda sampaikan, anda boleh menggunakan teknik pengulangan (anaphora).

2.    Anaphora adalah istilah Yunani yang digunakan untuk menggambarkan pengulangan dari kata atau frasa yang sama pada awal klausa atau kalimat berturut-turut.

3.    Teknik persembahan anaphora biasanya digunakan pada persembahan atau pidato yang untuk inspirasi atau motivasi.

4.    Tujuannya adalah untuk mengajak penonton dan mempengaruhi emosi penonton supaya mengambil tindakan selanjutnya terhadap apa yang disampaikan oleh penyampai.

 

d.    Teknik The Rule Of Three

1.      Merupakan teknik persembahan kelas dunia yang sudah banyak digunakan oleh pakar-pakar persembahan sejak zaman-berzaman.

2.      Teknik ini akan memudahkan anda untuk

a.    mengekspresikan konsep dengan lebih lengkap,

b.    menekankan perkara utama persembahan anda, dan

c.    memudahkan audiens mengingat apa yang anda sampaikan.

3.      Teknik ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:-

a.    Pengenalan

b.    Isi-isi

c.    Penutup/ kesimpulan

e.    Teknik Vokal

1.    Suara adalah kekuatan utama seorang presenter.

2.    Menarik dan tidaknya persembahan salah satunya adalah penggunaan teknik vocal ini.

3.    Jika anda ingin tampak lebih menarik, gunakan teknik vocal ini anda dengan baik.

4.    Bercakap dengan suara yang jelas dan tidak gugup.

5.    Gunakan nada atau suara yang boleh mereflesikan mesej yang ingin anda sampaikan.

6.    Gunakan lantunan nada suara yang selesa didengan oleh penonton.

 

f.     Teknik Bahasa badan (body language)

1.    Charles Bonar Sirait dalam bukunya The Power Of Public Speaking menjelaskan ada dua manfaat menggunakan bahasa tubuh iaitu untuk memperkuat kata-kata dan sebagai cerminan perasaan.

2.    Jadi apa yang anda sampaikan, bagaimana perasaan anda boleh dengan mudah terlihat oleh penonton jika disokong dengan bahasa tubuh yang senada.

g.    Jadi diri sendiri

1.      Anda tidak perlu menjadi Steve Jobs, Al Gore, Obama, Soekarno, Anis Baswedan atau siapa sahaja yang anda kagumi.

2.      Kenapa begitu? Kerana anda tidak akan pernah menjadi mereka.

3.      Cara terbaik menjadi penyampai yang menarik dan memukau adalah dengan menjadi diri sendiri.

4.      Anda perlu memahami diri anda yang sebenarnya.

5.      Dengan ini anda akan mampu menggunakan teknik yang sesuai dengan kemampuan anda.

6.      Jadikanlah orang mengenal anda sebagai diri anda, bukan sebagai orang lain.

7.      Percayalah audiens lebih suka anda menjadi diri sendiri.

5.    Perlu diingat, tiada persembahan yang terbaik jika tiada persediaan yang baik.

Demostrasi

1.    Demonstrasi juga dikenali sebagai tunjuk cara.

2.    Demonstrasi ialah satu kaedah untuk melatih pekerja memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu.

3.    Ia melibatkan demonstrasi oleh penyelia/pekerja/pengajar mahir dihadapan kelompok pekerja untuk menunujukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.

4.    Kuliah memerlukan pekerja mendengar, demonstrasi memerlukan pekerja memerhati.

5.    Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara lansung dari penyelia/pekerja mahir/pengajar kepada pekerja.

6.    Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa proses, maklumat dan idea.

7.    Demonstrasi membolehkan pekerja-pekerja memerhati benda-bemda maujud dan bagaimana mereka berfungsi.

8.    Terdapat demonstrasi tulin, demonstrasi dengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan dari pekerja.

9.    Lazimnya, penyelia/pekerja mahir/pengajar mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum peserta/pekerja melakukan aktiviti itu secara individu.

10. Demonstrasi ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh peserta.

11. Demonstrasi boleh digunakan unruk

a.    mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur secara berkesan,

b.    merangsang minat dalam sesuatu topik,

c.    memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan.

Bagi menjalankan demonstrasi yang berkesan, pengajar merancang demonstrasi secarateliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan setiap peserta memerhatikan demonstrasi, meperkenalkan demonstrasi untuk memfokus perhatian dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan.

Teruskan membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.

 

BAB 1 : SISTEM STERENG

1.1   Prinsip Stereng

1.2   Fungsi Dan Peranan Perangkai Stereng

1.3   Stereng Manual

1.4   Kotak Stereng

1.5   Susun Sistem Stereng Kuasa

1.6   Pam & Kotak Gear Stereng Kuasa

1.7   Operasi Sistem Stereng Kuasa 

1.8   Rombak Rawat Kotak Gear Stereng Kuasa

1.9   Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa

 

BAB 2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)

2.1   Jenis – Jenis Sistem Gantungan

2.2   Sambungan Bebola

2.3   Jenis – Jenis Bush Sistem Gantungan

2.4   Rubber Bump Stop

2.5   Penyerap Hentak

2.6   Jenis - Jenis  Pegas

2.7   Gantungan Hadapan

2.8   Gantungan Belakang

2.9   Tukar Ball Joint Dan Suspension Bush

2.10  Tukar Shock Absorber Dan Bump Stops

2.11  Buka Dan Pasang Pegas Dedaun

2.12  Buka Dan Pasang Topang Mc Pherson

 

BAB 3 : SISTEM BREK

 

3.1   Penerangan Sistem Brek

3.2   Periksa Dan Tukar Pad & Lining Brek

3.3   Periksan Dan Tukar Disk Dan Drum Brek

3.4   Buka Dan Pasang Brek Booster Dari Kenderaan

3.5   Kaedah Melakukan Bleeding

3.6   Overhaul Master Pump

3.7   Kesan Masalah (Troubleshooting)  Sistem Brek

3.8   Anti-Lock Braking System (ABS)

 

BAB 4 : RODA

4.1   Pengenalan Roda

4.2   Fungsi Dan Binaan Tayar

4.3   Jenis–Jenis Kehausan Tayar

4.4   Tukar Tayar Dan Rim

4.5   Jajaran Roda

 

BAB 5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)

5.1   Menyediakan Jadual Kerja.

5.2   Melaksanakan Sesi Taklimat.

5.3   Penyediaan Budget.

5.4   Pemantauan Prestasi Pekerja

5.5   Latihan Pekerja.

5.6   Memantau Keselamatan Bengkel

5.7   Melaksanakan Pengurusan Sisa Buangan

5.8   Menyediakan Laporan Pengurusan

 

No comments:

Post a Comment

SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK

  1.0    SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK     1.1    Saluran Pemasaran   Saluran pemasaran ialah gabungan sekumpulan orga...