SUSUNAN SISTEM STERING KUASA

 SUSUNAN SISTEM STERING KUASA 

Sistem stering kuasa menggunakan kuasa haidrolik untuk membantu pemandu memusingkan roda. Asas sistem stering kuasa mengandungi satu pam,hos dan piston (Rajah 1). Pam dipacu oleh enjin dan dan digunakan untuk mengorak kuasa haidrolik bagi menjalankan sistem. Hos menyambungkan pam ke ‘power piston’ . Power piston menggunakan kuasa haidrolik yang terorak oleh pam bagi membantu menggerakkan gear steering atau perangkai (linkage).

Rajah 1: Bahagian asas sistem stereng


PRINSIP STERING KUASA

            Sistem stering kuasa menggunakan prinsip haidrolik untuk membantu pemandu mengemudi kenderaan. Haidrolik adalah sejenis cecair. Tekanan bolih melalui cecair dan tekanan bolih dipindah dari satu tempat ketempat lain. Dengan yang demikian cecair tidak bolih dimampat kepada isipadu yang lebih kecil. Olih itu, cacair digunakan untuk memindah tenaga seperti dalam Rajah 2 dibawah. Jika satu selinder mengandungi dua piston diasingkan oleh cecair, piston A ditekan menyebabkan piston bergerak. 

Rajah 2: Cecair boleh dipindah gerak.

Oleh sebab piston A mula bergerak, ia dipanggil piston utama dan piston B pula dipanggil piston keluaran. Jika piston utama bergerak 8 cm, piston keluaran juga bergerak 8 cm. Sila rujuk Gambarajah 2 untuk penerangan selanjutnya. Perkara yang sama juga akan berlaku jika kita tukarkan cecair dengan rod penghubung yang padu diantara piston A dengan piston B, iaitu piston A tetap bolih menggerakkan piston B. Cuma kebaikan sistem cecair ia bolih memindahkan gerak diantara selinder pada sebarang sudut atau jarak. Tekanan kenaan ke cecair dipindahkan oleh cecair dalam semua arah dalam tiap-tiap bahagian cecair. Sebagai contoh apabila satu piston dengan 1 cm persegi kawasan dikenakan satu daya 100 kg keatas cecair, tekanan diatas cecair menjadi 100 kg/cm2. Tekanan pergi kesemua arah dalam sistem haidrolik. Jika kawasan piston mempunyai keluasan 2 cm persegi dan piston dikenakan daya 100 kg, tekanan cuma 50 kg/cm2.

            Dengan sistem masuk dan keluar ini, kita dapat menentukan daya kenaan kesebarang piston keluaran dengan mendarabkan tekanan dalam kg/cm persegi dengan kawasan / luas piston keluaran dalam cm persegi. Sebagai contoh, jika tekanan 10 kg/cm2 dan luas piston keluaran 16 cm2, daya keluaran diatas piston ini 10 kali atau 160 kg. Jika piston mempunyai luas 2 cm2, daya keluaran 20 kg atau 10 x 2 (Rajah 3)

 

Rajah 3 :  Cecair memindah gerak diantara silinder

Lebih besar keluaran piston, lebih besar daya keluaran. Jika luas piston 100 cm, daya keluaran sebanyak 1000 kg. Oleh itu,lebih tinggi tekanan haidrolik, lebih besar daya keluarannya. Jika tekanan haidrolik diatas piston 2 cm persegi boleh dicapai setinggi 1000 kg/cm2 ,daya keluaran keatas piston kira-kira 2000 kg.

            Daripada kesemua contoh tadi, satu susunan piston – selinder boleh mengeluarkan tekanan. Kaedah yang sama digunakan didalam sistem brek haidrolik. Walaubagaimanapun dalam sistem stering kuasa sebuah pam digunakan untuk mengorak daya masukkan dan piston kuasa digunakan untuk daya keluaran.      

Rajah 4 : Jumlah daya hidraulik ditentukan dengan mendarab tekanan dengan luas omboh.


Teruskan membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.

 

BAB 1 : SISTEM STERENG

1.1   Prinsip Stereng

1.2   Fungsi Dan Peranan Perangkai Stereng

1.3   Stereng Manual

1.4   Kotak Stereng

1.5   Susun Sistem Stereng Kuasa

1.6   Pam & Kotak Gear Stereng Kuasa

1.7   Operasi Sistem Stereng Kuasa 

1.8   Rombak Rawat Kotak Gear Stereng Kuasa

1.9   Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa

 

BAB 2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)

2.1   Jenis – Jenis Sistem Gantungan

2.2   Sambungan Bebola

2.3   Jenis – Jenis Bush Sistem Gantungan

2.4   Rubber Bump Stop

2.5   Penyerap Hentak

2.6   Jenis - Jenis  Pegas

2.7   Gantungan Hadapan

2.8   Gantungan Belakang

2.9   Tukar Ball Joint Dan Suspension Bush

2.10  Tukar Shock Absorber Dan Bump Stops

2.11  Buka Dan Pasang Pegas Dedaun

2.12  Buka Dan Pasang Topang Mc Pherson

 

BAB 3 : SISTEM BREK

 

3.1   Penerangan Sistem Brek

3.2   Periksa Dan Tukar Pad & Lining Brek

3.3   Periksan Dan Tukar Disk Dan Drum Brek

3.4   Buka Dan Pasang Brek Booster Dari Kenderaan

3.5   Kaedah Melakukan Bleeding

3.6   Overhaul Master Pump

3.7   Kesan Masalah (Troubleshooting)  Sistem Brek

3.8   Anti-Lock Braking System (ABS)

 

BAB 4 : RODA

4.1   Pengenalan Roda

4.2   Fungsi Dan Binaan Tayar

4.3   Jenis–Jenis Kehausan Tayar

4.4   Tukar Tayar Dan Rim

4.5   Jajaran Roda

 

BAB 5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)

5.1   Menyediakan Jadual Kerja.

5.2   Melaksanakan Sesi Taklimat.

5.3   Penyediaan Budget.

5.4   Pemantauan Prestasi Pekerja

5.5   Latihan Pekerja.

5.6   Memantau Keselamatan Bengkel

5.7   Melaksanakan Pengurusan Sisa Buangan

5.8   Menyediakan Laporan Pengurusan

 

No comments:

Post a Comment

SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK

  1.0    SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK     1.1    Saluran Pemasaran   Saluran pemasaran ialah gabungan sekumpulan orga...