KOTAK GEAR STERENG
Terdapat dua jenis sistem pergerakan stereng gear iaitu secara manual dan satu lagi menggunakan bantuan kuasa yang dikenalai sebagai stereng kuasa. Pada page ini, akan membincangkan terlebih dahulu stereng jenis manual. Tugas gear stereng adalah untuk menukarkan pergerakan pulasan (rotary motion) steering wheel kepada pergerakan straight line. Pergerakan straight line ini menggerakkan perangkai ke stereng arm yang terdapat pada steering knuckle. Seterusnya akan menggerakkan roda hadapan samaada ke kiri atau ke kanan.
Pada steering gear mempunyai dua bahagian utama yang penting iaitu worm yang terdapat pada hujung steering shaft dan satu lagi ialah sector gear atau toothed roller yang disambungkan ke pitman arm. Gambarajah 1 dibawah menunjukkan satu jenis steering gear. Apabila steering shaft dan worm berpusing, sector gear akan bergerak mengikut bebenang yang terdapat pada worm. Ia akan bergerak ke hadapan iaitu ke hujung worm. Pergerakan sector menyebabkan pitman arm akan terhayun samaada ke hadapan atau ke belakang atau pun ke kiri dan ke kanan bergantung pada jenis binaan sesuatu sistem stereng tersebut.
Gambarajah 1 : Pandangan dalam roda stereng menggunakan roller bergigi yang dipasang pada pitman shaft. Worm dan gigi roller membuat sentuhan jaringan
KOTAK GEAR STEERING MANUAL
Pelbagai jenis kotak gear stereng yang digunakan pada kenderaan hari ini, Walaubagaimana pun jenis yang dinyatakan dibawah adalah yang popular digunakan:
- Cam and roller
- Cam and peg
- Recirculating ball
- Rack and pinion
CAM AND ROLLER
Ketika cam berpusing ia akan menyebabkan roller turut bergerak mengikut lurah yang berbentuk helix yang terdapat pada cam tersebut. Rocker shaft yang dipasangkan pada roller juga akan turut berpusing. Pada rocker shaft dipasangkan pula dengan satu perangkai stereng yang dikenali sebagai drop arm. Drop arm ini akan bergerak mengikut pergerakan rocker shaft tadi. Sila rujuk Gambarajah 2.
Gambarajah 2 : Cam dan Roller
CAM AND PEG
Rujuklah pada gambarajah 3, untuk mengetahui binaan stereng jenis cam and peg ini. Stereng jenis ini mengandungi satu rocker arm yang mana pada hujungnya dibuatkan satu pasak atau pun lebih dikenali sebagai peg. Peg ini berbentuk taper atau kun. Ia dipasang pada lurah helix yang terdapat pada cam. Jadi apabila cam berpusing, peg akan bergerak sepanjang lurah tersebut. Rocker shaft juga terdapat pada steering jenis ini. Ia dipasangkan pada rocker arm secara splined shaft. Pada hujung rocker shaft ini disambungkan pula dengan drop arm. Jadi peg yang bergerak sepanjang lurah cam tadi akan menyebabkan rocker shaft berpusing. Pusingan rocker shaft pula akan menggerakkan drop arm samaada ke kiri atau ke kanan atau ke hadapan dan ke belakang.
Gambarajah 3 : Cam dan Peg.
RECIRCULATING BALL
Kota stereng jenis ini adalah ubahsuai dari jenis worm and nut yang terdahulu. Lihat Gambarajah 4. Ia mempunyai perkakas yang hampir sama dengan jenis yang telah kita bincangkan dulu. Ia mengandungi satu worm shaft. Terdapat juga satu yang mana didalamnya terdapat rangkaian bebola yang disusun didalam lurah yang dibuat didalam nut tersebut. Nut ini dibuat berlubang yang mana ia akan dimasukkan kedalam worm shaft. Lurah-lurah didalam nut akan bertemu dengan lurah-lurah yang terdapat pada worm shaft. Bebola yang dipasang didalam nut akan bergolek didalam lurah-lurah ini semasa worm shaft atau cam berpusing. Nut ini tidak akan berpusing tetapi dia akan bergerak sepanjang lurah-lurah worm.Pergerakan nut akan membuatkan sector shaft berpusing. Ini adalah disebabkan oleh pada hujung sector shaft dipasang dengan satu gear yang dikenali sebagai sector gear. Sector gear ini dipasang pada gigi-gigi yang terdapat pada nut. Jenis ini dapat mengurangkan berlakunya pergeseran yang berlebihan kerana terdapatnya bebola tersebut.
Gambarajah 4 : Recirculating Ball
RACK AND PINION
Stereng jenis ini biasanya dipasangkan banyak pada kenderaan yang kecil. Ia mempunyai reka bentuk yang sama dengan lain-lain jenis stereng iaitu mempunyai steering shaft. Pada bahagian hujung shaft ini dipasangkan satu pinion. Pinion ini akan bertemu dengan satu shaft yang panjang yang dikenali sebagai Rack.
Pada kedua-dua hujung rack ini dipasangkan pula dengan ball joint (Inner). Ball joint ini memberikan satu persambungan yang membolihkan roda turun dan naik mengikut keadaan permukaan jalan raya. Ball joint ini menyambungkan antara rack dengan tie rod. Gambarajah 5 dibawah menunjukkan dengan jelas binaan stereng ini. Tie rod ini terdapat pada kedua-dua hujung rack. Dibahagian hujung luar tie rod ini juga terdapat ball joint lagi yang dikenali sebagai outer ball joint. Dari sini barulah disambungkan ke steering arm, ke steering knuckle dan terus ke roda. Pergerakan pusingan steering akan menyebabkan rack bergerak samaada ke kiri atau ke kanan dan terus memindahkan pergerakan tadi ke roda secara terus.
Dalam binaan sistem stereng yang terdahulu kita dapati roda yang jauh dari pemandu iaitu kenderaan pemanduan sebelah kanan ia di pandu secara terus. Sementara roda yang dekat dengan pemandu akan dipandu melalui perangkai. Jadi dengan itu ini akan menyebabkan mudahnya berlakunya kehausan pada steering joint dibahagian yang dekat dengan pemandu. Walaubagaimana pun perkara ini tidak terjadi pada stereng jenis rack and pinion.
Gambarajah 5 : Stereng Jenis Rack and Pinion
Teruskan
membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.
BAB
1 : SISTEM STERENG
1.1 Prinsip Stereng
1.2 Fungsi Dan Peranan Perangkai
Stereng
1.3 Stereng Manual
1.4 Kotak Stereng
1.5 Susun Sistem Stereng Kuasa
1.6 Pam & Kotak Gear Stereng
Kuasa
1.7 Operasi Sistem Stereng
Kuasa
1.8 Rombak Rawat Kotak Gear
Stereng Kuasa
1.9 Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa
BAB
2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)
2.1 Jenis – Jenis Sistem Gantungan
2.2 Sambungan Bebola
2.3 Jenis – Jenis Bush Sistem
Gantungan
2.4 Rubber Bump Stop
2.5 Penyerap Hentak
2.9 Tukar Ball Joint Dan
Suspension Bush
2.10 Tukar Shock Absorber Dan Bump
Stops
2.11 Buka Dan Pasang Pegas Dedaun
2.12 Buka Dan Pasang Topang Mc
Pherson
BAB
3 : SISTEM BREK
3.2 Periksa Dan Tukar Pad &
Lining Brek
3.3 Periksan Dan Tukar Disk Dan
Drum Brek
3.4 Buka Dan Pasang Brek Booster
Dari Kenderaan
3.7 Kesan Masalah
(Troubleshooting) Sistem Brek
3.8 Anti-Lock Braking System (ABS)
BAB
4 : RODA
4.1 Pengenalan Roda
4.3 Jenis–Jenis Kehausan Tayar
4.5 Jajaran Roda
BAB
5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)
5.2 Melaksanakan Sesi Taklimat.
5.4 Pemantauan Prestasi Pekerja
5.6 Memantau Keselamatan Bengkel
5.7 Melaksanakan Pengurusan Sisa Buangan
5.8 Menyediakan Laporan Pengurusan
No comments:
Post a Comment