MELAKSANAKAN SESI TAKLIMAT

Sesi taklimat merupakan satu bentuk komunikasi diantara ketua dengan pekerja. Taklimat seksyen biasa diberikan apabila terdapat informasi baru pihak pengurusan untuk disampaikan kepada pekerja-pekerja. Terdapat juga taklimat syeksyen yang boleh digunakan, apabila kita (penyelia) untuk menyampaikan idea-ide baru, supaya dapat meningkatkan produktiviti kerja. Antara perkara-perkara yang perlu ada untuk melakukan sesi teklimat adalah seperti berikut:-

1.    Topik taklimat

2.    Maklumat taklimat

3.    Penonton sasaran

4.    Kemahiran berkomukasi.

2.1 TOPIK TAKLIMAT

1.    Bagi menetukan topik taklimat, kita mestilah menetapkan tajuk apakah yang hendak kita sampaikan.

2.    Menetapkan objektif menyampaikan taklimat

3.    Mencari isi-isi dan perkara-perkara tentang perkara yang hendak disampaikan.

4.    Diakhir taklimat kita mestilah memberikan kesimpulan dari taklimat kita.

5.    Pastikanlah obketif, isi-isi, perkara-perkara penting dan kesimpulan yang diberikan adalah jelas dan mudah difahami.

2.2 MAKLUMAT TAKLIMAT

1.    Maklumat taklimat biasanya boleh diperolehi dari pihak pengurusan, perpustakaan, internet dan orang yang berpengamalan tentang topik tersebut.

2.    Pastikan maklumat yang hendak disampaikan itu adalah sahih. Ini bertujuan supaya kita tidak menyebarkan khabar-khabar angin yang boleh mendatangkan unsur-unsur negatif.

3.    Pastikan anda faham dengan lebih detail tentang maklmat topik bagi megelak anda tersalah memberi peneragan dan mengelakan kekeliruan.

4.    Sekiranya maklumat diperoleh dari pihak pengurusan, dapatkan kepastian dan pengesahan  dari ketua anda supaya topik dapat disampaikan dengan baik.

5.    Pastikan soalan-soalan yang akan ditanya oleh penonton sasaran, anda boleh menjawabnya.

6.    Sekiranya terdapat borang-borang yang berkaitan, sila tunjukkan kepada mereka agar mereka mengenal borang-borang tersebut.

7.    Sekiranya maklumat berbentuk fakta, dapatkan sumber rujukkan untuk menyakin para penonton. Contohnya terdapat kerja lebih masa pada hujung minggu, tunjukkan memo rasmi dari pihak pengurusan tentang perkara itu.

2.3 PENONTON SASARAN

1.    Sebelum kita melakukan taklimat seksyen, kenalpasti penonton sarsaran.

2.    Terdapat pelbagai pendekatan dalam memastikan penonton sasaran antaranya ialah

a.    Penonton cepat memahami – Biasanya pekerja-pekerja yang mempunyai kelulusan akedemik yang tinggi

b.    Penonton sederhana untuk memahami – Biasanya pekerja-pekerja yang mempunyai kelulusan akedemik sederhana

c.    Penontot yang lambat memahami – Biasanya pekerja-pekerja yang tidak mempunyai kelulusan yang tinggi.

 

3.    Kita boleh mengesan tahap penonton kita dengan melihat latar belakang mereka.

4.    Sekiranya taklimat yang diberikan adalah secara tergesa-gesa dan terdesak atas arahan dari pihak pengurusan, kita boleh menanyakan kepada para penonton adakah mereka faham, setiap kali anda melakukan penerangan.

5.    Anda boleh menanyakan mereka tentang apa yang telah anda sampaikan. Dari sini, secara rawak, anda akan tahu tahap penonton anda.

2.4 KEMAHIRAN BERKOMUKASI.

1.    Pastikan takliamat yang anda sampaikan, menggunakan basaha yang mudah difahami oleh semua golongan pekerja.

2.    Pastikan anda tidak lari dari topik yang hendak disampaikan.

3.    Pastikan anda membawa nota catatan penting, untuk rujukkan anda semasa taklimat, agar tidak tersasaran dari topik asal.

4.    Pastikan masa yang diperuntukan pada anda dimanafaatkan dengan baik, contohnya sekiranya masa yang diberikan 30 minit, berikan masa seperti berikut;-

Pengenalan

1.    Beri salam dan perkenalkan diri - 1minit.

2.    Kaitan topik yang hendak disampaikan –  1 minit

3.    Siasat pengetahuan penonton dengan menyakan soalan kepada 2 ke 3 orang penonton – 3 minit

Penyampaian

4.    Menerangkan pengenalan tajuk yang hendak disampaikan – 1 minit

5.    Menerangkan isi-isi dan perkara-perkara penting – 20 minit

Penutup

6.    Kesimpulan  - 2 minit

7.    Sesi soal jawab – 2 minit

 

5.    Sekerinya sesuai, gunakan LCD Projektor untuk membantu taklimat anda.

6.    Sekiranya penontot duduk di kerusi, anda sentiasa bergerak supaya penonton mengikuti pergerakan anda.

7.    Pastikan anda rancang dengan rapi taklimat anda.

8.  Gunakan lontoran suara yang jelas dan mudah didengar oleh penonton dalam keadaan selesa.

Teruskan membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.

 

BAB 1 : SISTEM STERENG

1.1   Prinsip Stereng

1.2   Fungsi Dan Peranan Perangkai Stereng

1.3   Stereng Manual

1.4   Kotak Stereng

1.5   Susun Sistem Stereng Kuasa

1.6   Pam & Kotak Gear Stereng Kuasa

1.7   Operasi Sistem Stereng Kuasa 

1.8   Rombak Rawat Kotak Gear Stereng Kuasa

1.9   Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa

 

BAB 2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)

2.1   Jenis – Jenis Sistem Gantungan

2.2   Sambungan Bebola

2.3   Jenis – Jenis Bush Sistem Gantungan

2.4   Rubber Bump Stop

2.5   Penyerap Hentak

2.6   Jenis - Jenis  Pegas

2.7   Gantungan Hadapan

2.8   Gantungan Belakang

2.9   Tukar Ball Joint Dan Suspension Bush

2.10  Tukar Shock Absorber Dan Bump Stops

2.11  Buka Dan Pasang Pegas Dedaun

2.12  Buka Dan Pasang Topang Mc Pherson

 

BAB 3 : SISTEM BREK

 

3.1   Penerangan Sistem Brek

3.2   Periksa Dan Tukar Pad & Lining Brek

3.3   Periksan Dan Tukar Disk Dan Drum Brek

3.4   Buka Dan Pasang Brek Booster Dari Kenderaan

3.5   Kaedah Melakukan Bleeding

3.6   Overhaul Master Pump

3.7   Kesan Masalah (Troubleshooting)  Sistem Brek

3.8   Anti-Lock Braking System (ABS)

 

BAB 4 : RODA

4.1   Pengenalan Roda

4.2   Fungsi Dan Binaan Tayar

4.3   Jenis–Jenis Kehausan Tayar

4.4   Tukar Tayar Dan Rim

4.5   Jajaran Roda

 

BAB 5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)

5.1   Menyediakan Jadual Kerja.

5.2   Melaksanakan Sesi Taklimat.

5.3   Penyediaan Budget.

5.4   Pemantauan Prestasi Pekerja

5.5   Latihan Pekerja.

5.6   Memantau Keselamatan Bengkel

5.7   Melaksanakan Pengurusan Sisa Buangan

5.8   Menyediakan Laporan Pengurusan

 

No comments:

Post a Comment

SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK

  1.0    SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK     1.1    Saluran Pemasaran   Saluran pemasaran ialah gabungan sekumpulan orga...