FUNGSI DAN BINAAN TAYAR

 Fungsi tayar

 

1.      Tayar dapat bertindak sebagai kusyen udara diantara jalan dan roda ia berfungsi untuk menyerap getaran yang disebabkan oleh permukaan jalan yang tidak rata.

 

2.      Tayar dapat memberikan cengkaman kepada permukaan jalanraya. Dengan itu kenderaan boleh dikawal dengan baik semasa membelok atau membrek.

3.   Memberikan keselesaan kepada penumpang.


Struktur tayar

 

 Semua kenderaan di jalan raya hari ini mengunakan tayar yang mengandungi angin (tayar numat). Tayar ini di perbuat daripada campuran getah asli, getah tiruan dan lapisan talikod yang diperbuat daripada rayon atau nylon. Ada juga sesetengah tayar yang mengunakan alumunium dan keluli sebagai bahan talikod.

 

Rajah 1: Struktur asas tayar



 

Jenis – jenis tayar

 

Tayar kenderaan moden boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu:

1.      Tayar bertiub

Tayar jenis ini mengunakan tiub untuk menyimpan udara. Udara di pam masuk ke dalam tiub melalui injap. Saiz tiub yang digunakan mestilah sama dengan saiz tayar.

  

1.      Tayar tanpa tiub

Tayar jenis ini dapat menyimpan udara dengan tanpa mengunakan tiub. Pada permukaan dalam tayar dilekatkan kepingan getah yang lembut supaya udara tidak dapat meresap keluar. Tayar dan rim mestilah sentiasa berada di dalam keadaan baik. Udara dipamkan masuk ke dalam tayar melalui injap yang dipasangkan pada rim.

 

BINAAN TAYAR

 

Terdapat tiga jenis tayar yang lazim digunakan pada kenderaan bergantung kepada jenis lapisan badannya.

 

1.      Lapisan bulatan serong.

Ia juga dikenali dengan nama tayar lazim. Lapis dibuat serong dan bersilang diantara satu sama lain. Silangan biasanya dibuat pada sudut 30O hingga 38O. Tayar jenis ini biasanya lebih senyap dan dapat dipandu dengan lancar.

Rajah 2: Tayar lapisan bulatan serong


 

1.      Lapisan balutan radial.

Lapisan rangka tayar jenis ini disusun 90O dengan barisan bunga tayar. Satu lapisan yang dikenali sebagai lapisan bunga tayar juga dipasang dibawah bunga tayar.

Tayar jenis ini mempunyai beberapa kebaikan, antaranya:

i)        Bunga tayar tahan lebih lama.

ii)      Pengunaan bahan api dapat dijimatkan.

iii)    Cengkaman tayar dapat dipertingkatkan, dariitu tayar kurang

      membuang semasa membelok dan membrek.

Disamping itu terdapat juga beberapa kelemahan untuk tayar jenis ini iaitu:

i)        Steering menjadi berat.

ii)  Tayar kelihatan seperti kurang angin.

 

 

Rajah 3: Tayar lapisan balutan radial



 

3.      Lapisan bulatan serong dan lintang

Binaannya sama dengan lapis serong, tetapi ia ditambah dengan dua atau lebih lapis peneguh yang ditempatkan di bawah bunga tayar. Lapisan tersebut akan menguatkan bunga tayar dan mencegah lentur atau liang liut berlebihan.


Bunga tayar

 

Bunga tayar dibentuk untuk menahan dan mengatasi masalah seperti kecenderungan gelincir ke sisi, bunyi bising semasa kenderaan dipandu laju dan kehausan yang tidak seragam, ia juga bertujuan bagi mendapatkan cengkaman yang baik ke atas permukaan jalan dengan itu kenderaan dapat dipecut dengan tanpa membahayakan dan dapat diberhentikan mengikut jarak yang tertentu bersesuaian dengan kelajuannya.

 

Lurah – lurah kecil yang terdapat pada bunga tayar adalah berfungsi untuk mengenepikan air di permukaan jalan.

 

Injap tayar

 

Semua jenis tayar samada bertiub atau tidak bertiub yang dipasang pada rim tidak boleh diisi dengan angin selagi injap tayar belum dipasang atau ianya telah rosak, disini jelas menunjukkan bahawa walaupun injap tayar itu kecil sahaja saiznya tetapi ia memainkan peranan yang amat penting. Begitu jugalah halnya dengan sesebuah tayar itu perlu diimbangkan dengan betul disamping had kehausan bunga tayar yang dibenarkan.

 

Rajah 4: Injap tayar

Saiz tayar

 

Pada dinding sisi tayar biasanya terdapat ukuran tayar tersebut. Penentuan saiz tayar adalah diasaskan kepada dua faktor utama iaitu lebar dan ukuran garispusat rim untuk tayar berkenaan seperti 6.00 x 13 ini bermakna:

 

6.00 = Lebar tayar dalam ukuran inci, manakala

 

13      =  Garispusat atau diameter rim dalam inci.

 

Selain dariitu, terdapat juga nombor – nombor seperti 165 x 14, ini bermakna lebar tayar dalam milimeter, manakala rim masih lagi dalam ukuran inci, sekali gus ia memberi makna bahawa tayar tersebut adalah dari jenis “radial”.

 

Pada sebilangan besar jenama tayar, terdapat huruf – huruf seperti HR 70 disamping nombor – nombor lain, ia bermaksud:

 

HR = Tayar jenis radial dengan tahap kelajuan boleh mencapai 175 km/jam.

 

70 = Tinggi tayar adalah 70% dari lebarnya.

 

Rajah 5: Cara mengukur tinggi keratan dan lebar keratan tayar


Pusingan roda

Keempat – emapt tayar yang digunakan pada kereta adalah tidak sama hausnya. Ini bergantung kepada kedudukan di mana tayar itu berada. Kehausan tayar mengikut kecepatan bolehlah disusun seperti di bawah ini:

(a)    Tayar belakang di sebelah kanan

(b)   Tayar belakang di sebelah kiri

(c)    Tayar depan sebelah kanan

(d)   Tayar depan sebelah kiri

 

Untuk menyamakan kehausan tayar dan memanjangkan hayat sesebuah tayar, satu perkara yang perlu dititikberatkan ialah pusingan tayar.  Pusingan tayar perlu dibuat pada setiap 8,000 km perjalanan. Satu perkara yang perlu diingat selepas membuat pusingan tayar ialah mengisi udara mengikut tekanan yang betul. Tayar belakang mempunyai tekanan udara yang lebih tinggi dari tayar hadapan. Pusingan tayar pada praktiknya dapat menambahkan usia tayar sehingga 20 peratus.

 

Rajah 6: Aturan pusingan roda untuk tayar jenis balutan radial

 

Rajah 7: Aturan pusingan roda tayar jenis bulatan serong/balutan serong lintang

 

Teruskan membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.

 

BAB 1 : SISTEM STERENG

1.1   Prinsip Stereng

1.2   Fungsi Dan Peranan Perangkai Stereng

1.3   Stereng Manual

1.4   Kotak Stereng

1.5   Susun Sistem Stereng Kuasa

1.6   Pam & Kotak Gear Stereng Kuasa

1.7   Operasi Sistem Stereng Kuasa 

1.8   Rombak Rawat Kotak Gear Stereng Kuasa

1.9   Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa

 

BAB 2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)

2.1   Jenis – Jenis Sistem Gantungan

2.2   Sambungan Bebola

2.3   Jenis – Jenis Bush Sistem Gantungan

2.4   Rubber Bump Stop

2.5   Penyerap Hentak

2.6   Jenis - Jenis  Pegas

2.7   Gantungan Hadapan

2.8   Gantungan Belakang

2.9   Tukar Ball Joint Dan Suspension Bush

2.10  Tukar Shock Absorber Dan Bump Stops

2.11  Buka Dan Pasang Pegas Dedaun

2.12  Buka Dan Pasang Topang Mc Pherson

 

BAB 3 : SISTEM BREK

 

3.1   Penerangan Sistem Brek

3.2   Periksa Dan Tukar Pad & Lining Brek

3.3   Periksan Dan Tukar Disk Dan Drum Brek

3.4   Buka Dan Pasang Brek Booster Dari Kenderaan

3.5   Kaedah Melakukan Bleeding

3.6   Overhaul Master Pump

3.7   Kesan Masalah (Troubleshooting)  Sistem Brek

3.8   Anti-Lock Braking System (ABS)

 

BAB 4 : RODA

4.1   Pengenalan Roda

4.2   Fungsi Dan Binaan Tayar

4.3   Jenis–Jenis Kehausan Tayar

4.4   Tukar Tayar Dan Rim

4.5   Jajaran Roda

 

BAB 5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)

5.1   Menyediakan Jadual Kerja.

5.2   Melaksanakan Sesi Taklimat.

5.3   Penyediaan Budget.

5.4   Pemantauan Prestasi Pekerja

5.5   Latihan Pekerja.

5.6   Memantau Keselamatan Bengkel

5.7   Melaksanakan Pengurusan Sisa Buangan

5.8   Menyediakan Laporan Pengurusan

 

No comments:

Post a Comment

SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK

  1.0    SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK     1.1    Saluran Pemasaran   Saluran pemasaran ialah gabungan sekumpulan orga...