JENIS - JENIS PEGAS (SPRING)

 

Jenis - jenis pegas yang sering digunakan pada kenderaan motor ialah:

1. Gegelung.

2. Dedaun.

3. Hidrolastik.

4. Bar kilasan.

Pegas gegelung

Pegas gegelung adalah jenis pegas yang paling biasa digunakan pada kenderaan bermotor moden. Ini adalah kerana sifatnya yang padat, tahan lasak dan secara mayanya bebas peyenggaraan.

 

Dua jenis pegas gegelung yang biasa digunakan ialah:

1. Pegas lazim.

Jenis ini mempunyai kadar pegas yang malar. Sebagai contoh, jikalau beban 20 kg menyebabkan panjang pegas berkurang sebanyak 10 mm, dengan itu beban 40 kg akan menyebabkan panjang pegas berkurangan sebanyak 20 mm.

Kesemua gegelung di dalam pegas ini mempunyai garis pusat dan ketebalan yang sama.

 

Rajah 1: Pegas gelung

 

2. Kadar berubah.

Jenis ini mempunyai garis pusat dan ketebalan gegelung yang berlainan yang menyebabkan kadar pegas berubah - ubah dengan beban yang dikenakan. Sebagai contohnya, jika beban 20 kg menyebabkan panjang pegas berkurang sebanyak 10 mm, ini tidak bermakna beban 40  kg akan menyebabkan panjang pegas berkurangan sebanyak 20 mm.

 

Kedua - dua jenis pegas ini ditempatkan dalam gantungan antara kerangka berbentuk 'V' (wishbone)  dan bahagian kerangka bertetulang khas.


 

Pegas dedaun

Pegas dedaun terdiri daripada beberapa jalur keluli yang dinamakan dedaun. Dedaun - dedaun

dipegang bersama oleh bolt tengah dan klip. Salah satu daun, biasanya daun yang teratas, dipasangkan dengan mata pada setiap satu hujungnya untuk membentuk daun utama. Mata pada daun utama ini selalunya dipasangkan dengan sesendal getah untuk membenarkan pegas dilekapkan kepada kerangka kenderaan dengan mengunakan bolt belenggu.

 

Rajah 2: Pegas dedaun

 

Dedaun yang lain, yang mana berkurang panjangnya  apabila ditempatkan jauh daripada daun utama, dipegang sejajar dengan daun utama, dengan mengunakan klip pantul.

 

Pemasangan yang lengkap ditempatkan diatas gandar pada bolt tengah dan dikapitkan dalam kedudukan oleh dua bolt 'U'.

 

Pegas hidrolastik

Pegas jenis ini biasanya digunakan pada kereta - kereta British. Sistem gantungan seperti ini terdiri daripada pengabunggan empat blok getah dan unit peredam hidraulik. Unit hadapan dan belakang, pada setiap sisi kenderaan disambungkan bersama dengan mengunakan paip dan hos hidraulik. Sistem ini direka untuk mengekalkan ketinggian kenderaan yang tetap semasa melepasi bonggol dan lubang.

  



 

Rajah 3: Pegas hidrolastik

 

Pegas bar kilasan

Pegas bar kilasan merupakan rod keluli pegas yang mempunyai bentuk gelugur atau poligon yang dibentuk di setiap hujungnya. Salah satu hujung roda disambungkan kepada kerangka berbentuk 'V' (wishbone) pada gantungan dan satu hujung lagi disambungkan kepada kerangka melalui blok cagakan.

 

Pada pegas jenis ini, tegangan pada bar kilasan boleh dilaraskan untuk mengekalkan ketinggian memandu badan yang betul.

 

Rajah 4: pegas bar kilasan

 

Teruskan membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.

 

BAB 1 : SISTEM STERENG

1.1   Prinsip Stereng

1.2   Fungsi Dan Peranan Perangkai Stereng

1.3   Stereng Manual

1.4   Kotak Stereng

1.5   Susun Sistem Stereng Kuasa

1.6   Pam & Kotak Gear Stereng Kuasa

1.7   Operasi Sistem Stereng Kuasa 

1.8   Rombak Rawat Kotak Gear Stereng Kuasa

1.9   Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa

 

BAB 2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)

2.1   Jenis – Jenis Sistem Gantungan

2.2   Sambungan Bebola

2.3   Jenis – Jenis Bush Sistem Gantungan

2.4   Rubber Bump Stop

2.5   Penyerap Hentak

2.6   Jenis - Jenis  Pegas

2.7   Gantungan Hadapan

2.8   Gantungan Belakang

2.9   Tukar Ball Joint Dan Suspension Bush

2.10  Tukar Shock Absorber Dan Bump Stops

2.11  Buka Dan Pasang Pegas Dedaun

2.12  Buka Dan Pasang Topang Mc Pherson

 

BAB 3 : SISTEM BREK

 

3.1   Penerangan Sistem Brek

3.2   Periksa Dan Tukar Pad & Lining Brek

3.3   Periksan Dan Tukar Disk Dan Drum Brek

3.4   Buka Dan Pasang Brek Booster Dari Kenderaan

3.5   Kaedah Melakukan Bleeding

3.6   Overhaul Master Pump

3.7   Kesan Masalah (Troubleshooting)  Sistem Brek

3.8   Anti-Lock Braking System (ABS)

 

BAB 4 : RODA

4.1   Pengenalan Roda

4.2   Fungsi Dan Binaan Tayar

4.3   Jenis–Jenis Kehausan Tayar

4.4   Tukar Tayar Dan Rim

4.5   Jajaran Roda

 

BAB 5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)

5.1   Menyediakan Jadual Kerja.

5.2   Melaksanakan Sesi Taklimat.

5.3   Penyediaan Budget.

5.4   Pemantauan Prestasi Pekerja

5.5   Latihan Pekerja.

5.6   Memantau Keselamatan Bengkel

5.7   Melaksanakan Pengurusan Sisa Buangan

5.8   Menyediakan Laporan Pengurusan

 

No comments:

Post a Comment

SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK

  1.0    SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK     1.1    Saluran Pemasaran   Saluran pemasaran ialah gabungan sekumpulan orga...