JENIS – JENIS SISTEM GANTUNGAN

Fungsi sistem gantungan 

Fungsi utama sistem gantungan  kenderaan ialah:

1.      Menahan gegaran jalan daripada sampai ke badan atau casis.

2.      Menentukan gandar dicagak atau dipasang lurus dengan badan dan casis.

3.      Memberi keselesaan kepada penumpang dan pemandu.

4.      Menyerap daya kilas semasa membrek dan pacuan.

 

Jenis – jenis sistem gantungan

Sistem gantungan kenderaan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

1.      Sistem gantungan jenis gandar tegar.

2.      Sistem gantungan jenis bebas.

 

Sistem gantungan jenis gandar tegar

Bagi sistem ini, roda kiri dan kanan dipasang pada sebatang gandar.  Gandar yang terdapat di dalam sistem ini mestilah mampu menyangga berat kenderaan dan juga boleh memberikan rintangan pada tegasan yang terjadi apabila kenderaan diberhentikan. Ia juga mestilah stabil supaya roda sentiasa sejajar.

 

Gandar tegar atau gandar pejal biasanya diperbuat daripada besi tempa keluli aloi atau keluli karbon sederhana dan dibajakan untuk memberikan keteguhan dan ketegaran. Gandar perlulah disesuaikan dengan keadaan membrek pada kelajuan tinggi. Gandar tengah ditempa seperti di dalam rajah 1. Yang menunjukkan ketinggian kenderaan dapat dikurangkan. Gandar pejal biasanya diselaraskan dengan pegas daun berlapis. Manakala pegas diikat dengan bolt ke tapaknya.

 

Oleh kerana struktur gantungan jenis ini lebih mudah dan kuat, ia selalunya digunakan untuk sistem gantungan bahagian hadapan dan belakang kenderaan berat seperti lori, bas dan sebagainya.

 

Pada kereta pula, ia biasanya digunakan untuk sistem gantungan belakang.

 

Rajah 1: Binaan asas sistem gantungan jenis gandar tegar.



Rajah 2: Bagi gandar tegar sebelah roda akan menerima kejutan dari permukaan jalan apabila roda yang sebelah lagi melalui bonggol atau lekuk.



 

Rajah 3: Jenis gandar tegar hidup, gantungan sebelah belakang dipasang bersama spring gelung.



 

Rajah 4: Jenis gandar tegar mati gantungan belakang bersama dengan spring gelung



Sistem gantungan bebas

Bagi sistem gantungan jenis ini, roda kiri dan kanan dipasang secara bebas, ini membolehkan setiap roda bertindak sendiri terhadap hentakkan jalan.

 

Jika dibandingkan dengan sistem gantungan jenis gandar tegar, sistem gantungan bebas memberikan keselesaan yang lebih semasa memandu dan cengkaman jalan yang lebih baik. Memandangkan kepada faedah – faedah yang diperolehi ini, maka sistem gantungan jenis ini paling banyak digunakan pada kereta dan kenderaan perdagangan kecil.

 

Di dalam sistem ini, tiap – tiap satu roda ditupang oleh sama ada  spring gegelung, bar puntiran atau spring dedaun. Walaubagaimanapun, sistem gantungan bebas yang mengunakan spring gegelunglah yang paling banyak digunakan.

 

Ada beberapa jenis gantungan bebas depan yang mengunakan spring gelung iaitu:

a.       Spring gelung dipasang diantara bahagian atas pada rangka dan lengan kawal bawah. Lengan kawal bawah dipasangkan ke rangka hanya pada satu titik sahaja.

 

b.       Spring gelung dipasang diantara rangka bahagian atas dan lengan kawal bawah tetapi lengan kawal bawah dipasangkan ke rangka pada dua titik.

 

Rajah 5: Binaan asas sistem gantungan bebas



Rajah 6: Gantungan bebas jenis mc pherson strut



 


Rajah 7: Gantungan bebas hadapan berlengan selari “parallelogram type”  yang mana lengan kawal bawah dipasang pada kerangka pada dua titik



 

Rajah 8: Gantungan bebas “gandar mati”  belakang bersama spring gelung dan lengan bawahnya mengekor

   

Teruskan membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.

 

BAB 1 : SISTEM STERENG

1.1   Prinsip Stereng

1.2   Fungsi Dan Peranan Perangkai Stereng

1.3   Stereng Manual

1.4   Kotak Stereng

1.5   Susun Sistem Stereng Kuasa

1.6   Pam & Kotak Gear Stereng Kuasa

1.7   Operasi Sistem Stereng Kuasa 

1.8   Rombak Rawat Kotak Gear Stereng Kuasa

1.9   Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa

 

BAB 2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)

2.1   Jenis – Jenis Sistem Gantungan

2.2   Sambungan Bebola

2.3   Jenis – Jenis Bush Sistem Gantungan

2.4   Rubber Bump Stop

2.5   Penyerap Hentak

2.6   Jenis - Jenis  Pegas

2.7   Gantungan Hadapan

2.8   Gantungan Belakang

2.9   Tukar Ball Joint Dan Suspension Bush

2.10  Tukar Shock Absorber Dan Bump Stops

2.11  Buka Dan Pasang Pegas Dedaun

2.12  Buka Dan Pasang Topang Mc Pherson

 

BAB 3 : SISTEM BREK

 

3.1   Penerangan Sistem Brek

3.2   Periksa Dan Tukar Pad & Lining Brek

3.3   Periksan Dan Tukar Disk Dan Drum Brek

3.4   Buka Dan Pasang Brek Booster Dari Kenderaan

3.5   Kaedah Melakukan Bleeding

3.6   Overhaul Master Pump

3.7   Kesan Masalah (Troubleshooting)  Sistem Brek

3.8   Anti-Lock Braking System (ABS)

 

BAB 4 : RODA

4.1   Pengenalan Roda

4.2   Fungsi Dan Binaan Tayar

4.3   Jenis–Jenis Kehausan Tayar

4.4   Tukar Tayar Dan Rim

4.5   Jajaran Roda

 

BAB 5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)

5.1   Menyediakan Jadual Kerja.

5.2   Melaksanakan Sesi Taklimat.

5.3   Penyediaan Budget.

5.4   Pemantauan Prestasi Pekerja

5.5   Latihan Pekerja.

5.6   Memantau Keselamatan Bengkel

5.7   Melaksanakan Pengurusan Sisa Buangan

5.8   Menyediakan Laporan Pengurusan

 

No comments:

Post a Comment

SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK

  1.0    SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK     1.1    Saluran Pemasaran   Saluran pemasaran ialah gabungan sekumpulan orga...