Kenapa tayar menjadi haus?
Tayar
boleh mejadi rosak atau haus disebabkan oleh:
1.
Kerosakkan peralatan mekanikal.
2.
Cara memandu yang salah.
3. Kekurangan penyelengaraan.
Faktor – faktor yang boleh menyebabkan tayar menjadi haus
a.
Halaju kenderaan.
Memandu kenderaan pada halaju yang
tinggi akan menyebabkan terjadinya lampau panas dan menyebabkan tayar yang
tidak dicipta untuk beroperasi pada halaju yang tinggi menjadi lembut. Keadaan ini mungkin akan
menyebabkan lapisan atas tayar tersebut terkeluar dari kedudukan asalnya.
Dariitu, apabila hendak membeli tayar kenalpasti dimana dan di dalam keadaan
yang bagaimana kenderaan tersebut akan digunakan.
b.
Keadaan pemulaan dan pemberhentian
kenderaan.
Memecut
kenderaan dengan terlalu laju pada peringkat permulaan pemanduan dan
pemberhentian kenderaan secara mendadak akan menyebabkan tayar menjadi haus
dengan cepat.
c.
Keadaan permukaan jalan.
Permukaan
jalan yang tidak rata juga akan menyebabkan tayar menjadi haus dengan cepat.
d.
Toe-in dan toe-out.
Keadaan
toe-in atau toe-out yang berlebihan juga akan mempengaruhi hayat sesuatu tayar.
e.
Camber.
Camber
ialah sudut roda yang akan menentukan sudut pertemuan tayar dengan permukaan
jalan. Jika sekiranya sistem gantungan rosak akibat dari pelanggaran yang kecil
seperti telanggar bendul, ini mungkin akan menyebabkan sudut cambernya berubah
dan keadaan ini akan meyebabkan salah satu sisi tayar berkenaan menjadi haus
dengan teruk.
f.
Castor.
Castor ialah kecenderungan steering
untuk kembali kedudukan tegak selepas membelok. Jika castor tidak mencukupi, tayar
akan berayun dan menyebabkan tayar menjadi haus secara bertompok – tompok. Jika
sekiranya sudut caster pada tayar tidak sama ini akan menyebabkan tayar akan
tertarik kepada satu sisi dan menyebabkan tayar menjadi haus dengan cepat pada
satu sisi sahaja.
b. g. Imbangan tayar tidak betul.
Imbangan tayar yang tidak tepat,
perubahan pada bentuk gelendung brek atau terdapat tompokkan pada cakera brek
boleh menyebabkan kehausan yang berlebihan pada sesuatu tempat yang tertentu.
Kekuatan daya membrek yang tidak sekata pula akan menyebabkan kehausan yang
tidak sekata pada beberapa tempat yang tertentu.
c. h. Tumpahan minyak.
Kebanyakkan minyak, gris dan petrol
boleh menyebabkan kerosakkan pada getah tayar, jika ia tidak bersihkan dengan segera.
d. i. Tekanan tayar
Tekanan tayar yang tidak betul
ialah faktor kerosakkan yang paling utama, ia juga adalah merupakan kerosakkan
yang paling mudah dikesan dan diperbetulkan.
Teruskan
membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.
BAB
1 : SISTEM STERENG
1.1 Prinsip Stereng
1.2 Fungsi Dan Peranan Perangkai
Stereng
1.3 Stereng Manual
1.4 Kotak Stereng
1.5 Susun Sistem Stereng Kuasa
1.6 Pam & Kotak Gear Stereng
Kuasa
1.7 Operasi Sistem Stereng
Kuasa
1.8 Rombak Rawat Kotak Gear
Stereng Kuasa
1.9 Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa
BAB
2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)
2.1 Jenis – Jenis Sistem Gantungan
2.2 Sambungan Bebola
2.3 Jenis – Jenis Bush Sistem
Gantungan
2.4 Rubber Bump Stop
2.5 Penyerap Hentak
2.9 Tukar Ball Joint Dan
Suspension Bush
2.10 Tukar Shock Absorber Dan Bump
Stops
2.11 Buka Dan Pasang Pegas Dedaun
2.12 Buka Dan Pasang Topang Mc
Pherson
BAB
3 : SISTEM BREK
3.2 Periksa Dan Tukar Pad &
Lining Brek
3.3 Periksan Dan Tukar Disk Dan
Drum Brek
3.4 Buka Dan Pasang Brek Booster
Dari Kenderaan
3.7 Kesan Masalah
(Troubleshooting) Sistem Brek
3.8 Anti-Lock Braking System (ABS)
BAB
4 : RODA
4.1 Pengenalan Roda
4.3 Jenis–Jenis Kehausan Tayar
4.5 Jajaran Roda
BAB
5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)
5.2 Melaksanakan Sesi Taklimat.
5.4 Pemantauan Prestasi Pekerja
5.6 Memantau Keselamatan Bengkel
5.7 Melaksanakan Pengurusan Sisa Buangan
5.8 Menyediakan Laporan Pengurusan
No comments:
Post a Comment