PRINSIP STERENG

 PRINSIP STERENG

Sistem stereng merupakan perkara penting dalam mengendalikan kenderaan, Tanpanya kenderaan tidak akan dapat dikawal. Sistem stereng pada kenderaan berkait rapat dengan sistem gantungan, gandar hadapan (front axle) dan juga rangka kenderaan. Kebanyakannya bergantung diantara satu sama lain.

Sistem stereng membolehkan pemandu mengarahkan kenderaan samaada ke kiri atau k ekanan. Roda hadapan memainkan peranan penting didalam proses mengarahkan haluan kenderaan ini. Kegagalan sistem stereng hanya akan menyebabkan berlakunya kemalangan. Pengedalian stereng yang selesa dan mudah sangat penting bagi mengurangan musibah  kemalangan dan menjaga keselamatan pemandu dan penumpang.

Kenderaan boleh dikawal arahnya samaada oleh roda hadapan atau roda belakang. Kawalan stereng oleh roda belakang adalah lebih mudah dilakukan jika pemandu nya berada dibahagian belakang juga, contoh seperti fork lift, kerete elektrik dan lain-lain lagi. Tetapi walaubagaimanapun stereng pada roda hadapan adalah lebih mudah dikawal. Antara susunan yang terdapat ialah enjin hadapan, pacuan belakang. Jenis susunan ini memisahkan antara sistem stereng dengan sistem pacuan. Paling popular digunakan sekarang ini adalah enjin hadapan dan stereng pun hadapan. Sistem ini menyatukan antara sistem pacuan dengan sistem stereng. Terdapat juga enjin belakang dan roda hadapanya hanya berfungsi untuk mengawal stereng sahaja.    


STEERING GEOMETRY

Ketia kenderaan bergerak pada satu selekoh, kesemua tayarnya mestilah berpusing dengan baik tanpa mengheret. Bagi mendapatkan perkara ini, gandar bagi sesebuah kenderaan tersebut telah direka supaya ia bersilang pada satu point / titik. Point ini akan menjadi titik tengah bagi kenderaan tersebut semasa ia mengambil selekuh. Susunan ini dikenali sebagai steering geometry.

Gambarajah 1 di bawah menunjukkan steering geometry bagi eempat-empat roda sesebuah kenderaan. Roda belakang bergolek melalui dua lengkuk, Titik tengah bagi kedua-dua lengkuk ini adalah pada O. Roda hadapan (1 dan 2) pada gambarajah mempunyai gandarnya sendiri yang berbeza dari gandar roda belakang. Roda hadapan ini mempunyai lengkuknya yang tersendiri untuk ia bergolek. Lengkuk-lengkuk ini iaitu untuk roda hadapan dan roda belakang walaubagaimanapun mempunyai titik tengah yang sama iaitu pada O.

Gambarajah 1 : Stereng Geometri -  1 dan 2 Roda depan

Untuk mendapatkan perjalanan sistem stereng yang baik, titik tengah roda belakang dan gandar belakang mestilah sama dengan titik tengah bagi roda hadapan 1 dan 2 


PRINSIP ATEERING ACKERMAN

Apabila kenderaan melalui selekoh dan membelok, kesemua roda  akan bergerak dengan satu lengkok yang berbeza seperti yang ditunjukkan pada Gambarajah 2 dibawah. Roda-roda tersebut akan bergerak dalam keadaan mengheret dan licin, lalu menyebabkan berlakunya kehausan tayar yang berlebih-lebihan. Stereng menjadi berat. Untuk mendapatkan perjalanan yang baik satu istilah yang dikenali sebagai true rolling motion mestilah diperolehi, iaitu semasa kenderaan mengambil selekoh, kesemua turning circle bagi kesemua roda mestilah berkongsi dengan satu titik tengah. Disebabkan oleh roda belakang tidak mengawal arah stereng, adalah perlu bagi garisan axle kedua-dua roda hadapan 1 dan 2 bersilang dan bertemu dengan garisan pada axle belakang (lihat gambarajah dibawah).

Gambarajah 2 : Prinsip Ackermann


Beberapa lama tahun dahulu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendapatkan pergerakan tayar hadapan bergolek melalui sudutnya yang betul. Apabila bergolek roda dalam mestilah bergolek dengan sudut yang lebih besar dari roda luar. Maka dengan itu prinsip ackerman telah memperkenalkan satu persambungan seperti yang terdapat pada Gambarajah 3 di bawah. Sambungan ini sangat meluas digunakan. Dengan adanya persambungan ini telah banyak dapat membantu mendapatkan satu pergerakan tayar yang betul dan juga mendapatkan satu true rolling motion yang baik. 

Gambarajah 3 : Track rod dekan dengan gandar depan (front axle) 

Prinsip ackerman ini, steering arm dibuat condong. bertujuan untuk mendapatkan satu titik pertemuan ditengah-tengah kenderaan apabila garisan projeksi dibuat pada kedua-dua steering kiri dan kanan, maka garisan ini akan bertemu pada satu point seperti yang dinyatakan diatas tadi. Apabila track rod nya dipasang di bahagian belakang axle roda hadapan, maka garisan projeksi ini akan bertemu pada lebih kurang 2/3 (two third) dari panjangnya wheel base. Jika track rodnya dipasang pada bahagian hadapan axle roda hadapan, garisan projeksinya akan bertemu pada 1/2 wheel base seperti yang ditunjukkan pada kedua-dua 


Pada Gambarajah 2 tadi kita dapati laluan yang diambil oleh roda hadapan dan belakang menunjukkan bahawa roda hadapan dan roda belakang bergolek dengan lengkok yang berbeza. Roda belakang bergolek dengan lengkok yang lebih kecil jika dibandingkan dengan roda hadapan. Secara tidak langsung akan memudahkan kereta tersebut di parking kan ditempat yang agak sempit dengan cara mengundur (revese).

Teruskan membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.

 

BAB 1 : SISTEM STERENG

1.1   Prinsip Stereng

1.2   Fungsi Dan Peranan Perangkai Stereng

1.3   Stereng Manual

1.4   Kotak Stereng

1.5   Susun Sistem Stereng Kuasa

1.6   Pam & Kotak Gear Stereng Kuasa

1.7   Operasi Sistem Stereng Kuasa 

1.8   Rombak Rawat Kotak Gear Stereng Kuasa

1.9   Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa

 

BAB 2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)

2.1   Jenis – Jenis Sistem Gantungan

2.2   Sambungan Bebola

2.3   Jenis – Jenis Bush Sistem Gantungan

2.4   Rubber Bump Stop

2.5   Penyerap Hentak

2.6   Jenis - Jenis  Pegas

2.7   Gantungan Hadapan

2.8   Gantungan Belakang

2.9   Tukar Ball Joint Dan Suspension Bush

2.10  Tukar Shock Absorber Dan Bump Stops

2.11  Buka Dan Pasang Pegas Dedaun

2.12  Buka Dan Pasang Topang Mc Pherson

 

BAB 3 : SISTEM BREK

 

3.1   Penerangan Sistem Brek

3.2   Periksa Dan Tukar Pad & Lining Brek

3.3   Periksan Dan Tukar Disk Dan Drum Brek

3.4   Buka Dan Pasang Brek Booster Dari Kenderaan

3.5   Kaedah Melakukan Bleeding

3.6   Overhaul Master Pump

3.7   Kesan Masalah (Troubleshooting)  Sistem Brek

3.8   Anti-Lock Braking System (ABS)

 

BAB 4 : RODA

4.1   Pengenalan Roda

4.2   Fungsi Dan Binaan Tayar

4.3   Jenis–Jenis Kehausan Tayar

4.4   Tukar Tayar Dan Rim

4.5   Jajaran Roda

 

BAB 5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)

5.1   Menyediakan Jadual Kerja.

5.2   Melaksanakan Sesi Taklimat.

5.3   Penyediaan Budget.

5.4   Pemantauan Prestasi Pekerja

5.5   Latihan Pekerja.

5.6   Memantau Keselamatan Bengkel

5.7   Melaksanakan Pengurusan Sisa Buangan

5.8   Menyediakan Laporan Pengurusan

 

No comments:

Post a Comment

SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK

  1.0    SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK     1.1    Saluran Pemasaran   Saluran pemasaran ialah gabungan sekumpulan orga...