Perlaksanaan
langkah-langkah keselamatan penting, bagi memastikan keadaan dan suasana tempat
kerja adalah selesa, dan dalam keadaan baik. Justeru itu, bagi memastikan
keadaan tempat kerja adalah baik, beberapa perkara telah ditekakan untuk
memastikan ini berlaku, antaranya:-
1.
Jenis-jenis bahaya/hazard
2.
Prosedur untuk pertolongan cemas
3.
Jenis-jenis peralatan
keselamatan
4.
Akta Keselamatan Pekerjaan
&
5.
Penggunaan kit pertolongan cemas
5.1 JENIS-JENIS
BAHAYA/HAZARD
1.
Hazard
adalah apa sahaja secara sendirian atau bersaling tindak antara satu sama lain
yang mampu mengakibatkan kemudaratan.
2.
Hazard
juga boleh ditaktifkan sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi
mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia,
kerosakan sekitaran tempat kerja atau gabungannya.
3.
Contoh-contoh
hazard ialah
a. Bahan
Kimia
b. Sinaran
c. Elektrik
d. Biohazard
e. Sistem
kerja tidak selamat
4. Risiko ialah kemungkinan
dan akibat sesuatu peristiwa berhazard yang berlaku.
5.
Risiko juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan -
gabungan faktor - faktor kemungkinan berlakunya peristiwa malang, dedahan dan
impak kemalangan tersebut. Kemungkinan di sini bermaksud cansa kemalangan itu
berlaku.
6.
Bahaya
pula lebih kepada dedahan relatif seseorang kepada hazard.
7.
Contoh bahaya seseorang yang sentiasa terdedah
kepada hazard berada dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang
yang tidak terdedah kepada hazard.
8.
Jenis-jenis hazard ialah
a. Hazard
fizikal
1.
Berpunca
dari mesin dan peralatan yang digunakan.
2.
Sesuatu
mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika :
a.
Direka
tidak selamat dan tidak sempurna
b.
Tidak
diselenggara dengan baik
c.
Digunakan
oleh pekerja yang tidak terlatih
d.
Digunakan
bukan untuk kerja sebenar atau menggunakan peralatan yang tidak sesuai
e.
Digunakan
dalam keadaan yang berbeza
f.
Ditukar
atau dipindah secara haram
g.
Pekerja
tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa bekerja
b. Hazard
kimia
1.
Ialah
kecederaan akibat sentuhan dan terhidu bahan kimia.
2.
Contohnya
bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik,
gentian kaca dan pelekat.
3.
Bahan-bahan
kimia tersebut merbahaya dan perlu diambil langkah - langkah keselamatan
apabila mengendalinya.
c. Hazard
biologika
1.
Hazard
ini Ialah pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi yang biasanya
akan terdeah kepada jangkitan penyakit.
2.
Tahap
bahaya adalah berbeza mengikut :
1.
Sifat
semula-jadi dan kepekatan agen penyakit
2.
Laluan
masuk agen penyakit ke dalam badan
3.
Ketahanan
pekerja yang terdedah
d. Hazard
Ergonomik
1.
Ia
berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran kerjanya.
2.
Ia
selalu dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan dan
proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia.
3.
Contohnya
pekerjaan menaip dalam keadaan yang baik tidak ergonomik tetapi telah
dibuktikan mampu mengakibatkan 'Tunnel Carpel Syndrome' dan sakit
belakang
5.2 PROSEDUR
UNTUK PERTOLONGAN CEMAS
1.
Pertolongan
cemas ialah
bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera
sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah.
2.
Ia
biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa
latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.
3.
Sebelum
memberi bantuan kecemasan, pastikan keselamatan anda juga terjamin dengan
4.
Ini
dilakukan dengan menimbang bahaya akibat dari kemalangan tersebut.
5.
Kita
dapat mengetahuinya dengan cara melihat punca kecederaan mangsa, Seperti
terkena renjatan elektrik
dan lain-lain.
6.
Pastikan
anda tidak terus menyentuh mangsa, sebaliknya peka dan bertindak pantas menurut
keperluan.
7.
Sekiranya
mangsa terkena rencatan elektrik maka pastikan kadar bahaya elektrik yang
mangsa hadapi.
8.
Sekiranya
240 Volt ke bawah gunakan penebat untuk meleraikan mangsa
dari punca rencatan elektrik, seperti baju, tali
pinggang dan lain lagi.
9.
Objektif pertolongan cemas ialah:
a. Untuk menyelamatkan nyawa:
1.
Jika
mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas.
2.
Sekiranya
berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin.
3.
Rawat
kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan
seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa.
b. Untuk mencegah luka menjadi
lebih teruk:
1.
Alih
mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak.
2.
Selesakan
dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan
seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.
c. Mendapat bantuan perubatan:
1.
Arah
atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil
ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin.
2.
Pastikan
menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.
d. Balutan:
1.
Adalah
wajib untuk membalut luka, yang mudah dibuka oleh perawat bertauliah seperti
doktor, supaya menghentikan pendarahan dan memastikan luka itu bersih dan
terlindung dari luka menjadi bertambah rosak.
2.
Pembalut
mestilah di antikumankan, di simpan dalam bekas yang ketat dari udara.
3.
Ia
sewajarnya dibuat dari kain putih, suci dari kekotoran.
4.
Tangan
harus dibasuh dan dibersihkan sebelum menyentuh luka.
5.
Gunakan
balutan yang dapat melindungi luka sepenuhnya.
6.
Tangani
balutan hanya dari sisinya.
7.
Tambah
pelapik tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut.
5.3 JENIS-JENIS
PERALATAN KESELAMATAN
1.
Peralatan keselamatan juga dikenali
sebagai Alat Pelindung diri (APD).
2.
Alat Pelindung Diri (APD) adalah kelengkapan yang wajib
digunakan ketika bekerja sesuai dengan bahaya dan risiko kerja.
3.
Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan pekerja itu
sendiri dan orang di sekelilingnya.
4.
Contoh-contoh
peralatan tersebut adalah seperti berikut :
a. Topi Keselamatan (Safety
helmet)
1.
Berfungsi sebagai pelindung kepala kita dari benda yang
boleh mengenai kepala secara langsung.
2.
Ia juga untuk tidak terkena habuk kepada kepala
b. Kasut
Getah (kasut boot)
1.
Berfungsi untuk mengelak dari terkena becek ataupun
berlumpur.
2.
Biasanya kasut ini dilapisi dengan besi untuk melindungi
kaki dari benda tajam atau berat, benda panas, cecair kimia, dsb.
c. Kasut keselamatan
1.
Kasut ini seperti kasut biasa.
2.
Tetapi diperbuat daripada bahan kulit bersalut besi
dengan dibalut getah tebal dan kuat.
3.
Berfungsi untuk mencegah kemalangan yang menimpa kaki
seperti terkena benda tajam atau berat, benda panas, cecair kimia, dsb.
d. Sarung tangan
1.
Berfungsi sebagai alat pelindung tangan ketika bekerja di
tempat atau situasi yang boleh mengakibatkan kecederaan tangan.
2.
Bahan dan bentuk sarung tangan disesuaikan dengan keadaan
tempat kerja.
e. Tali
Keselamatan (Safety Harness)
1.
Berfungsi sebagai peralatan keselamatan ketika bekerja di
tempat tinggi dan merbahaya.
2.
Diwajibkan menggunakan alat ini apabila bekerja
diketinggian 1.8 meter.
f. Pelinding telinga (Ear plug/
Ear Muff)
1.
Berfungsi sebagai menutup lubang telinga ketika bekerja
di tempat yang bising/bingit/hingar.
2.
Jika tidak digunakan boleh mengakibat pekerja menjadi
pekak
g. Pelindung mata (Safety
Glasses/google)
1.
Berfungsi sebagai pelindung mata ketika bekerja
2.
Misalnya mengkikir.
h. Topeng (respirator)
1.
Berfungsi sebagai penapis udara yang dihirup semasa
bekerja di tempat dengan kualiti pencemaran udara yang teruk
2.
Contonya seperti bekerja di kilang papan yang banyak debu
dan beracun.
i. Pelindung muka (face shield)
1.
Berfungsi sebagai pelindung muka dari percikan benda
asing semasa bekerja
2.
Contonya seperti mencanai besi.
j. Baju hujan (rain coat)
1.
Berfungsi melindungi daripada percikan air semasa bekerja
2.
Misalnya bekerja pada waktu hujan atau sedang mencuci
alat.
5.
Semua jenis APD harus digunakan sesuai dengan keadaan
tempat kerja.
6.
Pastikan anda menggunakan peralatan tersebut dari jenis
yang berkualiti.
5.4 AKTA
KESELAMATAN & PEKERJAAN
6. Suatu
Akta untuk membuat peruntukan lanjut bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan orang-orang yang sedang bekerja.
7. Akta
ini dikenali sebagai Akta 514 yang bertajuk Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994.
8. Tujuan akta ini ialah bagi
melindungi orang lain terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan
berkaitan dengan aktiviti orang-orang yang sedang bekerja,
9.
Tujuan
akta ini juga ialah:-
9.1 untuk
memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja
terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada
aktiviti orang-orang yang sedang bekerja ;
9.2 untuk
melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang
bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada
aktiviti orang-orang yang sedang bekerja ;
9.3 untuk
menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja
yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka ;
9.4 untuk
mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem
peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara
bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau
memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.
10. Pada akta ini terdapat 15
buah bahagian dan 67 buah seksyen.
11. Daripada akta ini, maka
tertubuhlah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
12. Jabatan ini di bawajh
Kementerian Sumber Manusia (KSM).
13. Fungsi Jabatan ini ialah:-
13.1
Penguatkuasaan
– Pendaftaran, Pengiktiran, Pemeriksaan, Penyaiasatan dan Tindakan Udang-undang
13.2
Promosi
dan Kihdmat nasihat – Ceramah, Seminar, Pamaren & Promosi
13.3
Penyediaan
Standard – Gubal akta/ peraturan/ garispanduan baru dan semakan semula.
14. Selain dari Akta 514, JKKP
juga mengguna pakai
14.1
Akta
Kilang dan Jentera (Akta 139)
14.2
Akta
Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984 (Akta 302)
15. Sebagai seorang pekerja kita
mestilah mengetahui akta-akta ini dengan lebih lanjut.
16. Ini bertujuan untuk
mengetahui hak-hak keselamatan & kesihatan kita semasa bekerja.
5.5 PENGGUNAAN KIT PERTOLONGAN CEMAS
1.
Kit pertolongan cemas juga dikenali
dengan nama peti pertolongan cemas.
2.
Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi
ahli sukarelawan menyelamat khususnya utk mengetahui isi kandungan di dalam
peti pertolongan cemas.
3.
Antara peralatang yang terpadapt pada peti
pertolongan cemas ialah
BIL |
PERKARA |
KEGUNAAN |
1. |
Triangular
bandage (kain anduh) |
Untul mengampu
bahagian kecederaan/ kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang didapati ada
kepatahan tulang |
2. |
Sterile eye pad |
Melindung mata
yang tercedera/ terkena bendasing |
3. |
Non-sterile gauze Sterile gauze |
Melakukan
pencucian/pembebat luka‡ Membuat
balutan/memberi tekananpada perdarahan dan menstabilkankepatahan |
4. |
Elastic
bandage/crepe bandage Roller bandage |
Menstabilkan
kecederaan/ kepatahan/ untuk membalut luka dan jugakecederaan ringan eg. dislocation(terseliuh) |
5. |
Glove-disposable/nonsterile |
Melindungi diri
dari sebarang cecair badan/sumber jangkitan |
6. |
Scissor |
Memotong
gauze/bandage |
7. |
Adhesive tape |
Melekatkan
balutan dan pembebat |
8. |
Sterile
multi-trauma dressing/ gauze |
Melakukan pencucian/pembebatan
luka |
9. |
Alcohol prep pads |
Mencuci sebarang
bendasing/kekotoran pada luka sebelum membalut. |
10. |
Cotton buds |
Mencuci luka pada
kawasan sukar |
11. |
Acriflavine (ubat
kuning) |
Untuk antiseptic |
12. |
Dettol (boleh
diganti dengan Normal Saline solution 0.9%) |
Antiseptik dan
digunakan sebagai cucian luka luar |
13. |
LMS solution
(minyak kuda) |
Melegakan
kesakitan otot |
4.
Peti
pertolongan cemas perlulah diperiksa selalu bagi memastikan ubat-ubatan tidak
melebihi tarikh luput.
5.
Tukar
ubat-ubat yang telah luput dengan yang baru.
5.6 PELBAGAI JENIS KEMALANGAN
1.
tidak
dirancang, sering kali tanpa sengaja atau diperlukan.
2.
Ia
biasanya berlaku melalui gabungan beberapa sebab (perbuatan tidak selamat atau
keadaan tidak selamat) dan mengakibatkan kesan buruk seperti kecederaan fizikal
kepada individu, kerosakan harta benda, kejadian nyaris dan kerugian, yang
mungkin dapat dielakkan sekiranya keadaan yang membawa kepada kemalangan
tersebut dapat dikenal pasti dan diambil tindakan, sebelum ia berlaku.
3.
Sebagai
contoh, tercucuk benda tajam.
4.
Definasi mengikut kamus dewan pula
menyatakan bahawa Kejadian yang berlaku tanpa sebab yang boleh di duga.
5.
Punca-punca
kemalangan terbahagi kepada 3 sumber utama iaitu:
1.
Faktor kemanusia
a.
Kecuaian
1.
kurang memberi tumpuan kepada kerja
2.
mengalamun/berkhayal semasa bekerja
b.
Kurang
pengetahuan
1.
Mengenai kerja
yang dilakukan
2.
Mengenai
langkah-langkah keselamatan
3.
Mengenai mengenai latihan untuk melakukan tugas-
4.
sikap tak ambil tahu mengenai sesuatu yang diperlukan dalammelaksanakan tugas
dengan betul
c.
Tidak berdisiplin
1.
Bergurau semasa bekerja
2.
Gagal mematuhi peraturan
3.
Mengambil jalan pintas
2.
Faktor
Pentadbiran
a.
Penguatkuasaan peraturan keselamatan yang tidak di laksanakandengan
bersungguh-sungguh
b.
Kurang/tiada arahan-arahan keselamatan sebelum memulakantugas
c.
Kawalan keselamatan yang longgar
d.
Tiada latihan/kurang tunjuk ajar sebelum memulakan tugas
e.
Tiada prosedur
kerja yang ditetapkan
f.
Tiada latihan berkaitan pencegahan
keselamatan pekerja
3.
Faktor fizikal
a.
Persekitaran
1.
kawasan tempat kerja yang tidak di beri perhatian spt tidak dibersihkan,
licin, berselerak
2.
-pencahayaan
tempat kerja yang tidak mencukupi
3.
-Kebisingan yang terlalu tinggi melebihi tahap yang sepatutnya akan memberi
kesan psikologi, mengganggu komunikasi atau menyebabkan kehilangan pendengaran
4.
-Sistem pengudaraan yang tidak kondusif, mengganggukecerdasan
minda dan tumpuan individu
5.
-Penyimpanan, pengendalian dan pelupusan yang tidaksistematik
boleh membawa akibat buruk kepada persekitaran
b.
Peralatan dan Mesin
i. -susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang
lantai kerja
ii. -keadaan mesin yang telah lama dan tidak sesuai di
gunakanlagi
iii. -keadaan mesin & peralatan tangan yang tidak di
selenggaradengan baik
iv. -penggunaan mesin atau peralatan tangan yang salah
v. -penggunaan dan penyimpanan mesi yang tidak
teratur
vi. -pengendalian mesin dengan cara yang tidak selamat.
c. Sistem Pendawaian
1. -pendawaian yang lebih daripada40
tahun
2. -kecacatan pada pendawaian yang menyebabkan
kebocoranarus elektrik
3. beban lebih had (overload)
4. -pendawaian tambahan tanpa kebenaran
5. -pendawaian yang salah pada alatan yang di gunakan
6.
Konsep pengurusan kemalangan terbahagi
kepada 4 peringkat iaitu:-
1.
Mengenalpasti hazard
2.
Menilai risiko
3.
Mengawal risiko
4.
Mengukur pencapaian
7.
Berikut adalah beberapa kecederaan tempat kerja yang paling biasa dan
melumpuhkan mengikut Indeks Keselamatan tempat kerja 2008:
a.
Overexertion “ini merangkumi kecederaan yang berkaitan dengan menarik,
mengangkat, menolak, memegang, membawa dan melontar aktiviti di tempat kerja.
Overexertion secara konsisten telah kecederaan yang nombor satu tempat kerja
antara kaji selidik dan statistik.
b.
Jatuh pada sama paras permukaan “adalah ini berkaitan jatuh atas lantai
pejabat yang basah dan licin. Contoh-contoh lain yang berkaitan akan jatuh dan
slip terutama oleh orang-orang tua di salji laluan berbumbung cara mereka
bekerja.
c.
Jatuh ke tahap yang lebih rendah – kejatuhan jenis ini berlaku dari
kawasan tinggi seperti bumbung, tangga dan stairways.
d.
Badan reaksi “ini adalah kecederaan yang disebabkan oleh tergelincir dan
tersadung tanpa jatuh.
e.
Dipotong oleh objek “objek yang jatuh daripada rak atau dijatuhkan oleh
orang lain. Ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
f.
Melanda terhadap objek – ini berlaku apabila seseorang secara tidak
sengaja terserempak dengan benda-benda yang konkrit seperti dinding, pintu
Kabinet, tingkap kaca, Meja, kerusi dan lain-lain.
g.
Kejadian lebuh raya – pengangkutan yang digunakan untuk tujuan
perniagaan seperti lori dan kereta boleh terlibat dalam kemalangan kereta
seperti mana-mana pengembara kerap.
h.
Terperangkap dalam / dimampatkan oleh – kecederaan jenis ini biasanya
berlaku di kilang yang besar dan jentera yang berbahaya digunakan.
Kadang-kadang sedikit atau tiada langkah berjaga-jaga dalam penggunaannya boleh
membahayakan Keselamatan pengendali Syarikat. Pendedahan kepada suhu yang
melampau juga adalah contoh kecederaan tempat kerja ini.
i.
Pergerakan berulang – jenis kecederaan tempat kerja adalah salah satu
daripada orang-orang yang kurang jelas tetapi orang-orang yang pasti merbahaya
dalam jangka panjang. Gerakan berulang-ulang seperti menaip dan menggunakan
komputer 24/7 boleh membebankan otot dan tendon yang menyebabkan sakit
belakang, masalah penglihatan dan sindrom terowong Karpal.
j.
Assaults dan bertindak ganas – serangan disebabkan oleh politik pejabat
dan hujah-hujah lain yang telah membawa kepada kecederaan fizikal yang serius.
8.
Kerana kecederaan tempat kerja pasti akan memberi kesan kepada kesihatan
fizikal dan mental pekerja, ia dinyatakan dengan jelas dalam undang-undang
bahawa mereka layak untuk menerima pampasan yang sewajarnya bagi kerosakan.
9.
Kecederaan di tempat kerja boleh menyebabkan ketidakupayaan utama yang akhirnya
memudaratkan pekerja kerja dan kehidupan peribadi.
10.
Jadi sekiranya kawasan tersebut Syarikat gagal untuk menangani
kebimbangan ini, pekerja boleh menyaman Syarikat bagi ganti rugi dan
perbelanjaan perubatan.
11.
Terdapat banyak cara yang majikan dan pekerja boleh lakukan untuk
mengelakkan kerja-kerja berkaitan kecederaan.
12.
Pertama yang berhati-hati merancang kawasan pejabat atau bekerja dari
lokasi peralatan, Meja dan kerusi, dan juga amaran tanda-tanda untuk lain-lain
peralatan yang berbahaya.
13.
Menggunakan sistem-sistem kawalan Kejuruteraan, bahan-bahan kerja boleh
mengurangkan kedudukan yang janggal, pengendalian yang berat, dan masalah
pergerakan yang berulang-ulang.
14.
Manual penggunaan alat-alat kerja yang betul perlu sentiasa dikemaskini
dan dikuatkuasakan kepada kakitangan.
15.
Ia juga adalah yang terbaik jika pihak pengurusan boleh termasuk
kecergasan dan menjalankan program-program untuk mengelakkan overexertion.
16.
Akhirnya, para pekerja perlu sedar bahawa menjadi lebih berhati-hati
akan pasti pergi jauh.
17.
Mencegah kecederaan kerja akan sentiasa menjadi dua hala jalan bagi
kedua-dua majikan dan pekerja.
Teruskan
membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.
BAB
1 : SISTEM STERENG
1.1 Prinsip Stereng
1.2 Fungsi Dan Peranan Perangkai
Stereng
1.3 Stereng Manual
1.4 Kotak Stereng
1.5 Susun Sistem Stereng Kuasa
1.6 Pam & Kotak Gear Stereng
Kuasa
1.7 Operasi Sistem Stereng
Kuasa
1.8 Rombak Rawat Kotak Gear
Stereng Kuasa
1.9 Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa
BAB
2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)
2.1 Jenis – Jenis Sistem Gantungan
2.2 Sambungan Bebola
2.3 Jenis – Jenis Bush Sistem
Gantungan
2.4 Rubber Bump Stop
2.5 Penyerap Hentak
2.9 Tukar Ball Joint Dan
Suspension Bush
2.10 Tukar Shock Absorber Dan Bump
Stops
2.11 Buka Dan Pasang Pegas Dedaun
2.12 Buka Dan Pasang Topang Mc
Pherson
BAB
3 : SISTEM BREK
3.2 Periksa Dan Tukar Pad &
Lining Brek
3.3 Periksan Dan Tukar Disk Dan
Drum Brek
3.4 Buka Dan Pasang Brek Booster
Dari Kenderaan
3.7 Kesan Masalah
(Troubleshooting) Sistem Brek
3.8 Anti-Lock Braking System (ABS)
BAB
4 : RODA
4.1 Pengenalan Roda
4.3 Jenis–Jenis Kehausan Tayar
4.5 Jajaran Roda
BAB
5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)
5.2 Melaksanakan Sesi Taklimat.
5.4 Pemantauan Prestasi Pekerja
5.6 Memantau Keselamatan Bengkel
5.7 Melaksanakan Pengurusan Sisa Buangan
5.8 Menyediakan Laporan Pengurusan
No comments:
Post a Comment