Apa Itu NOSS?

Definisi NOSS

Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

 

Ciri-Ciri Utama NOSS

  1. Berasaskan keperluan pekerjaan.
  2. Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
  3. Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.

 

Dokumen NOSS dalam bentuk CD dan buku

 

Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan. Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.Menentukan tahap kemahiran tenaga kerja mahir Panduan menyenaraikan tugas dan skop kerja. Menilai prestasi pekerja Menjimatkan kos dan masa melatih semula pekerja. Meningkatkan kualiti produktiviti, inovasi dan daya saing.

Kelebihan dan Kegunaan NOSS

Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan.  Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.

Kepentingan Kepada Majikan

a.       Menentukan tahap kemahiran tenaga kerja mahir

b.      Panduan menyenaraikan tugas dan skop kerja

c.       Menilai prestasi pekerja

d.      Menjimatkan kos dan masa melatih semula pekerja

e.       Meningkatkan kualiti produktiviti, inovasi dan daya saing

Kepentingan Kepada Pekerja

a.       Memberi maklumat skop tugas yang jelas

b.      Memberi maklumat peluang kerjaya dalam sektor yang berkaitan

c.       Membantu dalam peningkatan kerjaya

d.      Menjadi penanda aras prestasi kerja

e.       Membuat keputusan yang tepat bagi mengikut latihan yang sesuai untuk peningkatan kerjaya

f.       Membolehkan pekerja mengikuti latihan secara fleksibel berdasarkan unit kompetensi yang bersesuaian

Kepentingan Kepada Institusi Latihan Kemahiran / Pelatih

a.       Pembangunan kurikulum latihan yang tepat dan memenuhi kehendak industri

b.      Pusat latihan boleh merekabentuk program latihan sepenuh masa atau customised sejajar dengan keperluan industri

c.       Memahami dengan lebih jelas terhadap kemahiran yang diperlukan oleh industri

d.      Asas menilai keperluan latihan semula pengajar bagi memenuhi kehendak industri semasa

e.       Nasihat kerjaya yang tepat boleh diberi dengan efektif kepada pelatih

 


No comments:

Post a Comment

SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK

  1.0    SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK     1.1    Saluran Pemasaran   Saluran pemasaran ialah gabungan sekumpulan orga...