Pada NOSS terdapat tiga perkara utama yang penting dalam membantu menyediakan bukti ketrampilan. Perkara-perkara itu adalah seperti berikut:-
- Job Profile
- CoCU
- Work Activites (WA)
JOB PROFILE
Job profile ialah satu bentuk susunan jadual bagi menunjukan skop sesuatu pekerjaan tersebut. Juga dikenali juga sebagai COMPETENCY PROFILE CHART (CPC). Contoh Rajah 1 di bawah menujukan CPC. Pada CPC ini terdapat kod NOSS dan senarai tajuk CoCU.
Rajah 1 : Contoh Job Profile atau CPC untuk Kod NOSS TP-100-3:2013 EARTH MOVING EQUIPMENT MAINTENANCE
CoCU
CoCU ialah singakatan daripada perkataan Curriculum of Competency Unit. Ianya juga bolehlah dianggap sebagai kerja utama atau kerja besar. Pada CPC terdapat kod CoCU dan Tajuk CoCU.
Rajah 2 : Tajuk CoCU dan Kod CoCU pada CPC
WORK ACTIVITIES (WA)
Pada jadual CoCU pula terdapat WORK ACTIVITIES (WA) yang bolehlah dianggap sebagai kerja kecil. Lihat Rajah 3 senarai WA pada jadual tersebut. Pada jadual CoCU ini, WA disenaraikan dalam LEARNING OUTCOME. Ianya kemudiannya disenaraikan pada kotak WORK ACTIVITIES.
Rajah 3 : Jadual CoCU dan lokasi senarai WA di tempatkan.
No comments:
Post a Comment