PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan satu program yang dianjurkan oleh kerajaan bagi melahirkam ramai pekerja-pekerja mahir, khususnya di bidang automotif. Persijilannya terdiri daripada lima tahap iaitu:-

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
  2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  3. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  4. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  5. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
Pelbagai institusi kerajaan dan swasta telah mengambil peranan ini untuk menjadi pusat bertauliah (institusi latihan) bagi menjalankan program ini, melatih bakal-bakal pekerja mahir dan seterusnya diserap ke dalam industri, bagi merancakan ekonomi negara. Persijilan ini diiktiraf di industri kerana modul-modul pembelajarannya adalah mengikut kehendak insdustri semasa. Bidang automotif merupakan salah satu bidang yang dirangka bagi memenuhi keperluan ini, seterusnya mengurangkan pergantugan kepada buruh asing.

Sesebuah negara itu boleh dikatakan maju jika ramai pekerja mahir melebihi 75% daripada penduduk sesebuah negara. Justeru itu Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam menyediakan pekerja-pekerja mahir bagi merancakan ekomominya, seterusnya menjadi salah sebuah negara yang maju. Antara isntitusi kerajaan yang ulung menjalankan program ini, terutamanya industri automotif adalah seperti berikut:-
  1. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  2. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  3. Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  4. Advance Technology Traning Centre (ADTEC)
Gambar 1 : Contoh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk tahap 1, 2 & 3.


Gambar 2 : Contoh sijil untuk DKM dan DLKM

Apakah Faedah Yang Boleh Diperolehi?

Faedah kepada individu
  • Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri;
  • Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya.
Faedah kepada majikan
  • Meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat;
  • Meningkatkan imej syarikat 
Faedah kepada negara
  • Meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan;
  • Menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara;
  • Meningkatkan imej negara di mata dunia dari segi perkhidmatan dan produk yang dihasilkan; dan
  • Menjadi tarikan pelabur asing melabur di negara





No comments:

Post a Comment

SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK

  1.0    SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK     1.1    Saluran Pemasaran   Saluran pemasaran ialah gabungan sekumpulan orga...