MAKLUMAT PENTING DALAM DOKUMEN

 

Syarat Serahan

1.      Syarat serahan dicatatkan di datam dokumen untuk memberitahu pembeli atau peniaga tentang masa atau bila barang-barang pesanan dapat diserahkan.

2.      Terdapat dua jenis syarat serahan, iaitu syarat masa serahan dan syarat bayaran angkutan.

 

Syarat masa serahan

Syarat

Penerangan

Serahan sedia

Barang akan dihantar sebaik pesanan diterima.

Serahan segera

Barang akan dihantar dalam masa dua atau tiga hari selepas pesanan diterima.

Serahan hadapan atau tertunda

Barang dihantar pada suatu tarikh akan datang.

 

Syarat bayaran angkutan

Syarat

Penerangan

Angkutan dibayar/

Ang. Dib.

Pembeli tidak perlu membayar kos pengangkutan barang yang dibeli. Kos itu telah dimasukkan ke dalam harga jualan.

Angkutan hadapan/ Ang. Had.

Pembeli dikehendaki membayar kos pengangkutan barang yang dibeli. Kos itu tidak dimasukkan ke dalam harga jualan.

Percuma ke dalam kapal/

P. ke D.K.

Pembeli dikehendaki membayar kos insurans dan tambang kapal. Kos muatan barang ke dalam kapal telah dibayar oleh penjual.

Percuma ke dalam gerabak/

P. ke D.G.

Penjual telah membayar semua kos pengangkutan

barang hingga ke dalam gerabak di bandar pembeli. Kos pengangkutan membawa barang ke premis ditanggung oleh pembeli.

Kos, Insurans dan Tambang/

K.I.T.

Penjual telah memasukkan kos, insurans dan tambang bagi barang yang dijual kepada pembeli.

Kesilapan &

Ketinggalan dalam

Invois Dikecualika/

K. & K. di K.

Ringkasan ini bertujuan untuk memberitahu pembeli bahawa penyedia invois berhak membetulkan kesalahan atau kesilapan catatan yang terdapat dalam invois dengan cara menghantar nota debit atau nota kredit.

 

 

Kegunaan Dokumen bagi Penyediaan Akaun

1.      Dokumen asal urus niaga perlu disimpan dengan baik di dalam fail dan menjadi dokumen asas untuk direkodkan dalam buku akaun.

2.      Antara dokurnen yang digunakan untuk menyediakan akaun ialah:

(a)    invois

(b)   nota debit

(c)    nota kredit

(d)   resit    

(e)    bil tunai

3.      Setiap urus niaga direkodkan mengikut jenis.

4.      Setiap urus niaga mestilah direkodkan supaya jumlah wang yang telah dibelanjakan dan diterima dapat diketahui.

 

Membezakan Diskaun Tunai dan Diskaun Niaga

Diskaun Tunai

1.      Potongan wang tunai daripada hutang atau harga bersih dalam invois.

2.      Diberi hanya pada masa bayaran diterima atau dibuat.

3.      Bertujuan untuk menggalakkan penjelasan hutang dengan segera dan mengurangkan hutang lapuk atau menggalakkan belian secara tunai.

4.      Kadar diskaun tunai berubah mengikut tempoh masa pembayaran. Lebih cepat pembayaran, lebih tinggi kadarnya.

 

 

Diskaun Niaga

1.      Potongan harga daripada harga asal dalam senarai harga atau sebut harga

2.      Diberi apabila barang-barang dibeli atau dijual

3.      Bertujuan untuk menggalakkan belian secara pukal, memberi keuntungan kepada peniaga dan menyelaraskan harga di katalog, sebut harga atau senarai harga

4.      Kadar diskaun niaga bergantung kepada sifat sifat barang dan kuantiti belian. Lebih banyak belian, lebih tinggi kadarnya.

5.      Diskaun niaga juga merupakan salah satu strategi yang digunakan oleh peniaga dalam meluaskan pasaran barang dan sebagai langkah untuk menggerakkan jualan barang-barang yang sukar dijual.

 

Mengira Diskaun dan Syarat Pembayaran

 

Mengira diskaun

Contoh pengiraan

Jumlah harga belian barang = RM500.00

Diberi diskaun niaga = 25%

(a)    Formula untuk mencari diskaun niaga ialah:

Kadar diskaun niaga x Harga

= _25_x RM500 = RM125.00

    100

(b)   Harga yang perlu dibayar oleh peniaga kepada pembekal selepas diskaun niaga ialah:

= RM500.00 - RM125.00

= RM375.00

 

Peruncit diberikan diskaun tunai sebanyak 10% dalam masa 14 hari

Jumlah harga belian barang setelah ditolak diskaun niaga = RM375.00

 

Diskaun tunai  = 10_   x RM375.00

                          100

= RM37.50

Harga bersih    = RM375.00 — RM37.50

= RM337.50

Syarat pembayaran

Syarat

Penerangan

Bayar Waktu Terima/B.W.T

Bayaran dibuat apabila menerima barang.

Tunai Waktu Pesanan/T.W.P

Bayaran dibuat semasa membuat pesanan barang.

Tunai Segera atau Bayaran Segera

Bayaran dibuat dalam tempoh dua atau tiga hari selepas menerima barang.

Penerimaan dalam tempoh tertentu (Untuk penerimaan 7 hari)

Harga barang yang hendak dibeli berpandukan senarai harga untuk suatu tempoh tertentu sahaja. Selepas tempoh itu tamat, harga dan syarat lain akan dikenakan.

Dengan akaun yang disahkan atau diakui

Kredit hanya diberikan kepada pelanggan tetap dan mempunyai rekod kredit yang baik atau kedudukan kewangan yang stabil.

Tunai Bersih atau Bayaran Bersih

Jumlah amaun yang patut dibayar adalah jumlah yang bersih, setelah ditolak semua potongan dan diskaun yang diberikan.

 

 


Teruskan membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.

 

BAB 1 : SISTEM STERENG

1.1   Prinsip Stereng

1.2   Fungsi Dan Peranan Perangkai Stereng

1.3   Stereng Manual

1.4   Kotak Stereng

1.5   Susun Sistem Stereng Kuasa

1.6   Pam & Kotak Gear Stereng Kuasa

1.7   Operasi Sistem Stereng Kuasa 

1.8   Rombak Rawat Kotak Gear Stereng Kuasa

1.9   Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa

 

BAB 2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)

2.1   Jenis – Jenis Sistem Gantungan

2.2   Sambungan Bebola

2.3   Jenis – Jenis Bush Sistem Gantungan

2.4   Rubber Bump Stop

2.5   Penyerap Hentak

2.6   Jenis - Jenis  Pegas

2.7   Gantungan Hadapan

2.8   Gantungan Belakang

2.9   Tukar Ball Joint Dan Suspension Bush

2.10  Tukar Shock Absorber Dan Bump Stops

2.11  Buka Dan Pasang Pegas Dedaun

2.12  Buka Dan Pasang Topang Mc Pherson

 

BAB 3 : SISTEM BREK

 

3.1   Penerangan Sistem Brek

3.2   Periksa Dan Tukar Pad & Lining Brek

3.3   Periksan Dan Tukar Disk Dan Drum Brek

3.4   Buka Dan Pasang Brek Booster Dari Kenderaan

3.5   Kaedah Melakukan Bleeding

3.6   Overhaul Master Pump

3.7   Kesan Masalah (Troubleshooting)  Sistem Brek

3.8   Anti-Lock Braking System (ABS)

 

BAB 4 : RODA

4.1   Pengenalan Roda

4.2   Fungsi Dan Binaan Tayar

4.3   Jenis–Jenis Kehausan Tayar

4.4   Tukar Tayar Dan Rim

4.5   Jajaran Roda

 

BAB 5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)

5.1   Menyediakan Jadual Kerja.

5.2   Melaksanakan Sesi Taklimat.

5.3   Penyediaan Budget.

5.4   Pemantauan Prestasi Pekerja

5.5   Latihan Pekerja.

5.6   Memantau Keselamatan Bengkel

5.8   Menyediakan Laporan Pengurusan

5.9   Kepentingan Dokumen

5.10 Jenis Dokumen

5.11 Maklumat Penting Dalam Dokumen


No comments:

Post a Comment

SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK

  1.0    SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK     1.1    Saluran Pemasaran   Saluran pemasaran ialah gabungan sekumpulan orga...