JENIS DOKUMEN

 Jenis dokumen



Dokumen perniagaan

 

Surat Tanya

1.              Surat tanya dikirimkan oleh peniaga kepada pembekal.

2.              Peniaga akan bertanya tentang perkara-perkara yang berikut dalam surat tanya tersebut iaitu:-

(a)    Jenis barang dan kuantiti barang yang dikehendaki

(b)   Harga barang dan syarat pembayaran

(c)    Syarat serahan dan pembayaran

(d)   Tarikh serahan

SYARIKAT SELAMAT MAJU

9, Jalan Hijau,

47301 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-78704588

Ruj: 1/04

Syarikat Pasti Sdn. Bhd., No. 84-A, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor. 7 APRIL 2004

 

Tuan,

 

Perkara: Pertanyaan tentang Komputer Peribadi PC248

 

Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat mengirimkan katalog dan sebut harga tentang perkara di atas. Sila nyatakan jenama, syarat serahan, diskaun dan syarat pembayaran.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

&zha4

(A. BAKAR B. AHMAD)

Pengurus Jualan

Contoh surat tanya

 

Katalog/Senarai Harga/Sebut Harga

1.      Pembekal akan menghantar dokumen-dokumen seperti katalog, senarai harga dan sebut harga kepada peniaga sebagai membalas surat tanya yang dihantar oleh peniaga.

2.      Katalog ialah buku bercetak yang mengandungi keterangan dan gambar berwarna tentang barang yang dijual.

3.      Setiap barang diberi nombor rujukan atau nombor kod untuk memudahkan pembeli membuat pesanan dan mengurangkan kesilapan.

4.      Katalog tidak menyatakan harga barang, sebaliknya harga disenaraikan dalam senarai harga.

5.      Sekiranya terdapat perubahan harga, maka satu senarai harga baru akan dikeluarkan.

SYARIKAT PASTI SDN. BHD.

No. 84-A, Bandar Baru Bangi,

43650 Bangi, Selangor.

Tel: 03-86523722

No. SH 2250                     9 APRIL 2004

No. kod item

Kuantiti

Harps

PC 123

PC124

PC 233

PC 238

PC 248

PC 343

PC 453

PC 558

1

1

1

1

1

1

1

1

RM2 500

RM2800

RM3 000

RM3 500

RM3 980

RM4 000

RM4 500

RM5 500

Diskaun niaga 10%

Syarat bayaran 5% 30 hari

Angkutan dibayar oleh pembekal

* Senarai harga inisah sehingga Disember 2004

 

Contoh senarai harga

 

SYARIKAT PASTI SDN. BHD.

No. 84-A, Bandar Baru Bangi,

43650 Bangi, Selangor.

Tel: 03-86523722

Ruj: 1/04

Pengurus Jualan,

Syarikat Selamat Maju,

9, Jalan Hijau,

47301 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

 

No. Sebut Harga: S 208                                     9 APRIL 2004

No. kod item

Serahan

Kuantiti

Harga

PC 453

PC 248

PC 123

Sedia

Sedia

Segera

1

1

1

RM4 500

RM3 980

RM2 500

Dengan akaun yang diakui

Syarat-syarat:

Pengangkutan dibayar       Sah untuk 3 bulan

20% diskaun niaga             untuk akaun yang

5% 30 han            disahkan

Syarikat Pasti Sdn. Bhd.

                      Sean

………………………

Contoh sebut harga

 

6.      sebut harga ialah dokumen yang menyenarikan harga barang yang diminta oleh peniaga.

7.      Butir-butir yang terdapat dalam sebut harga ialah:

(a)    jenis barang

(b)   jenama barang

(c)    harga barang

(d)   kadar diskaun niaga dan diskaun tunai

(e)    syarat serahan dan syarat pembayaran

 

Borang pesanan

1.      Pembeli boleh membuat pesanan setelah berpuas hati dengan barang-barang dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam sebut harga.

2.      Pesanan boleh dibuat dengan mengisi borang pesanan yang disediakan dalam katalog.

3.      Butir-butir yang terkandung dalam borang pesanan ialah:

(a)                tarikh, nombor rujukan barang, sebut harga serta nombor pesanan

(b)               harga, jenis, jenama dan kuantiti barang

(c)                syarat serahan dan pembayaran

(d)               kadar diskaun niaga dan diskaun tunai

SYARIKAT SELAMAT MAJU,

9, Jalan Hijau,

47301 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-78704588

Nombor Pesanan: 68/04

Kepada:

Syarikat Pasti Sdn. Bhd.

No. 84-A, Bandar Baru Bangi,

43650 Bangi, Selangor. 12 APRIL 2004

Sila bekalkan pesanan saya seperti yang berikut:

No. kod item

Kuantiti

Harga

seunit

PC 123

PC 343

2

1

RM2 500

RM4 000

RM5 000

RM4 000

Jumlah

RM9 000

Dengan akaun yang diakui

Pengangkutan dibayar

20% diskaun niaga

5% 30 hari

Sah untuk 3 bulan

 

Yang benar,

&zha’

A. Bakar b. Ahmad

Pengurus Jualan

Contoh borang pesanan

4.      Pesanan juga boleh dibuat melalui surat rasmi, telefon atau borang khas.

 

Nota Serahan

1.      Dokumen ini dihantar oleh pembekal kepada peniaga bersama-sama barang yang dipesan.

2.      Nota ini adalah untuk memudahkan peniaga memeriksa kuantiti barang dan jenis barang yang dihantar.

3.      Harga barang tidak dicatatkan di dalam nota serahan.

4.      Nota serahan hanya mencatatkan jenis barang dan kuantiti barang.

5.      Setelah peniaga menyemak barang-barang yang diterima dan didapati tiada sebarang kesalahan atau kerosakan, peniaga akan menandatangani nota serahan tersebut sebagai akuan penerimaan.

6.      Nota serahan disediakan dalam tiga salinan. Satu salinan disimpan oleh peniaga dan dua salinan lagi dikembalikan kepada pembekal.

       SYARIKAT PASTI SDN. BHD.       NS 528

No. 84-A, Bandar Baru Bangi,

43650 Bangi, Selangor.

Tel: 03-86523722

Syarikat Selamat Maju,

9, Jalan Hijau,

47301 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

 

No. Pesanan: 68/04                      28 APRIL 2004

Harap tuan menerima barang-barang yang berikut dalam keadaan baik.

No. rujukan

Keterangan

Kuantiti

PC 123

PC 343

Komputer peribadi

Komputer peribadi

2

1

 

Angkutan: Kenderaan pembekal

Sebarang kekurangan sila beritahu dalam tempoh

7 han.

Penerima:

&zha4_____

(A. BAKAR B. AHMAD)

Pengurus Jualan

 

Disediakan oleh:

Sean____

Pengurus

Syarikat Pasti Sdn. Bhd.

Tarikh W

 

Tarikh : 28/4/2004

 

Contoh nota serahan

Invois

1.      Invois dihantar oleh pembekal kepada peniaga untuk menunjukkan barang-barang yang dibeli secara kredit dan jumlah yang perlu dibayar.

2.      Invois dikirim kepada peniaga selepas barang yang dipesan diterima.

3.      Invois biasanya disediakan dalam tiga salinan.

4.      Salinan asal dihantar kepada peniaga dan dua salinan lagi disimpan oleh pembekal.

5.      Berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam invois, peniaga akan merekodkan urus niaga ke dalam akaun.

6.      Butir-butir yang terkandung dalam invois ialah:

(a)    nama dan alamat pembekal dan peniaga

(b)   nombor pesanan, nombor invois dan tarikh

(c)    keterangan jenis barang, kuantiti dan harga

(d)   syarat bayaran, syarat serahan dan diskaun

(e)    K. & K. di K.

Nombor: 398

SYARIKAT PASTI SDN. BHD.

No. 84-A, Bandar Baru Bangi,

43650 Bangi, Selangor.

Tel: 03-86523722

Syarikat Selamat Maju,

9, Jalan Hijau,

47301 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.             2MEl2004

No. Pesanan Tuan: 68/04

No. Nota Serahan: NS 528

Kuantiti

Keterangan

Harga

seunit

2

 

 

 

1

Kod PC 123-Komputer peribadi Kod PC 343-Komputer peribadi

RM2 500

 

 

 

 

RM4 000

RM5 000

 

 

 

 

RM4 000

Jumlah kasar

Tolak 10% diskaun niaga

RM9  000  

          900

Jumlah bersih

RM8 100

Syarat-syarat: Angkutan — Kenderaan pembekal 5% 30 han

K.&K.diK.

                                                                                          ____Sean____

                                   Pengurus

Syarikat Pasti Sdn. Bhd.

Contoh invois

 

7.      Istilah K.&K. di K, bermaksud kesilapan dan ketinggalan, dikecualikan. Ini bermakna penyedia invois berhak membetulkan kesalahan atau kesilapan catatan yang terdapat dalam invois.

 

Nota debit

1.      Nota debit dikeluarkan oleh pembekal kepada peniaga untuk membetulkan kesalahan yang terdapat di dalam invois.

2.      Tujuannya adalah untuk memberitahu peniaga supaya membayar lebih daripada apa yang tercatat di dalam invois.

3.      Akaun peniaga akan didebitkan.

4.      Nota debit dikeluarkan apabila:

(a)    peniaga dikenakan caj untuk bekas-bekas kosong

(b)   peniaga dikenakan harga yang lebih rendah daripada yang sepatutnya

(c)    bayaran pengangkutan tidak dicatatkan

(d)   peniaga dikenakan komisen atau bunga

(e)    barang dihantar tetapi tidak dicatatkan dalam invois.

 

Didebitkan oleh:                                               Nombor: 288

SYARIKAT PASTI SDN. BHD.

No. 84-A, Bandar Baru Bangi,

43650 Bangi, Selangor.

Tel: 03-86523722

Kepada:

Syarikat Selamat Maju,

9, Jalan Hijau,

47301 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.                                           7 MEl 2004

 

Akaun tuan telah didebitkan dengan perkara yang berikut:

Keterangan

Jumlah

Kos angkutan yang tertinggal

untuk Invois No: 398

RM2O.00

Ringgit: Dua puluh sahaja

K. & K. di K.

                                                     __Se4%__

                                                 Pengurus

 

 

Contoh nota debit

Nota Kredit

1.      Nota kredit dihantar oleh pembekal kepada peniaga untuk memberitahu peniaga bahawa mereka telah dikenakan bayaran melebihi daripada yang sepatutnya.

Dikreditkan oleh:                                                          No. 188

Syarikat Pasti Sdn. Bhd.

No.84-A, Bandar baru Bangi

45200 Bangi, Selangor

Tel: 0367217154

 

Syarikat Selamat Maju,

9, Jalan Hijau,

47301 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.                                    12 MEl 2004

 

Akaun tuan telah dikreditkan dengan perkara perkara yang berikut:

Tarikh

Keterangan

.Jumlah

10 Mei 2004

1 unit PC 343 dipulangkan kerana rosak sewaktu penghantaran Kurang diskaun niaga 10%

RM4 000

        

 

 

 

         400

 

RM3 600

Ringgit: Tiga ribu enam ratus sahaja

K. & K. di K.

                                                           Syarikat Pasti Sdn. Bhd.

                                                                      Saan

                                                                    Pengurus

Contoh Nota Kredit

2.      Nota ini digunakan untuk membetulkan sesuatu kesilapan di dalam invois.

3.      Hutang peniaga menjadi kurang.

4.      Nota kredit dihantar kepada pembeli apabila peniaga:-

(a)    memulangkan baráng-barang kerana rosak salah saiz, bukan barang yang dipesan atau pecah.

(b)   diberi diskaun, komisen atau élaun.

(c)    dikenakan bayaran berlebihan kerana kesilapan pengiraan.

(d)   mengembalikan bekas kosong yang telah dikenakan bayaran.

5.      Nota kredit disediakan dalam dua salinan. Salinan pertama dihantar kepada peniaga dan salinan kedua adalah untuk disimpan oleh pembekal.

 

Penyata Akaun

1.      Penyata akaun dihantar kepada peniaga pada setiap hujung bulan.

2.      Penyata akaun merupakan suatu ringkasan urus niaga yang berlaku antara pembekal dengan peniaga dalam sebulan.

3.      Tujuan dokumen ini dikeluarkan adalah untuk mengingatkan peniaga tentang hutangnya.

4.      Penyata ini juga disediakan untuk memudahkan peniaga membuat semakan dan membuat perbandingan butir-butir dalam penyata akaun dengan maklumat dalam buku akaunnya.

5.      Penyata akaun adalah cara yang sopan untuk meminta peniaga menjelaskan hutangnya.

6.      Butir-butir yang terkandung dalam penyata akaun ialah:-

(a)    nama dan alamat pembekal dan peniaga

(b)   nombor dan tarikh

(c)    tarikh dan jumlah jualan, bayaran dan pulangan dibuat

(d)   baki hutang pada akhir bulan jika ada

 


                                                                                  SYARIKAT PASTI SDN. BHD.                                                          No.Penyata: 585

No. 84-A, Bandar Baru Bangi,

43650 Bangi, Selangor.

Tel: 03-86523722

Syarikat Selamat Maju,

9, Jalan Hijau,

47301 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.                                                                                                                                                           1 JUN 2004

                                                                                                                                                                      Bagi Bulan Berakhir Mei 2004

Tarikh

No. bil

Butiran

Debit (RM)

Kredit (RM)

Baki (RM)

Mei        2

7

12

Invois No. 398

Nota Debit No. 288

Nota Kredit No. 188

Jualan

Kos angkutan

8 100.00

20.00

3 600.00

8 100.00

8 120.00

4 520.00

Ringgit: Empat ribu lima ratus dua puluh sahaja

K. & K. di K.

                                                                                                                                                                                ________Sean_______

Syarikat Pasti Sdn. Bhd.

Pengurus


1.      Resit dikeluarkan oleh pembekal kepada peniaga untuk membuktikan penerimaan bayaran.

2.      Resit menandakan berakhirnya sesuatu urus niaga dan digunakan sebagal rujukan untuk membuat catatan dalam akaun.

3.      Butir-butir yang terdapat dalam resit ialah:

(a)    nama dan alamat peniaga serta nombor resit

(b)   nama pelanggan atau pembayar

(c)    jumlah, tarikh dan tujuan

(d)   nombor cek (jika bayaran dibuat dengan cek)

(e)    tandatangan penerima wang

Nombor: 507/04

SYARIKAT PASTI SON.

No. 84-A, Bandar Baru Bangi,

43650 Bangi, Selangor.

                                   Tel: 03-86523722               5 JUN 2004

 

Diterima daripada Syarikat Selamat Maju________________

Jumlah Ringgit Empat Ribu Lima Ratus Dua Puluh Sahaja__

untuk bayaran penyata akaun No. 585 bagi bulan Mei 2004._

RM4 520.00_______________________________________

 

Tunai/No. Cek: BIMB 488823

 

Bagi pihak Syarikat Pasti Sdn. Bhd.

 

                              ________Sue________

                                       Juruwang

Contoh resit

 

Bil Tunai

1.      Bil tunai dikeluarkan apabila urus niaga dilakukan secara tunai.

2.      Semasa peniaga membuat pembayaran di kaunter pembayaran, juruwang akan memasukkan butiran jualan ke dalam mesin pendaftaran tunai.

3.      Butir-butir yang tercatat dalam bil tunai ialah nama atau kod penjual, nama barang atau kod barang yang dijual, harga barang, tarikh dan jumlah bayaran.

Rajin Enterprise

No 7, Pasar Tamu,

Jalan Rahman,

47410 Petaling Jaya.

Tel: 03-78775516

Tarikh: 7/2/04

Kod

Butirbutir

Kuantiti

Harga seunit

Jumlah (RM)

97120         

B 4990 PS

1

49.90

49.90

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jumlah

49.90

Barang-barang yang telah dijual tidak boleh dikembalikan.

 

Dikeluarkan oleh:

__Azimah____                                       A 006293

 

 

Mengelaskan dokurnen perniagaan

Dokumen perniagaan

 

Teruskan membaca untuk mempelajari tajuk seterusnya dengan klik di bawah.

 

BAB 1 : SISTEM STERENG

1.1   Prinsip Stereng

1.2   Fungsi Dan Peranan Perangkai Stereng

1.3   Stereng Manual

1.4   Kotak Stereng

1.5   Susun Sistem Stereng Kuasa

1.6   Pam & Kotak Gear Stereng Kuasa

1.7   Operasi Sistem Stereng Kuasa 

1.8   Rombak Rawat Kotak Gear Stereng Kuasa

1.9   Rombak Rawat Pam Stereng Kuasa

 

BAB 2 : SISTEM SUSPENSI (GANTUNGAN)

2.1   Jenis – Jenis Sistem Gantungan

2.2   Sambungan Bebola

2.3   Jenis – Jenis Bush Sistem Gantungan

2.4   Rubber Bump Stop

2.5   Penyerap Hentak

2.6   Jenis - Jenis  Pegas

2.7   Gantungan Hadapan

2.8   Gantungan Belakang

2.9   Tukar Ball Joint Dan Suspension Bush

2.10  Tukar Shock Absorber Dan Bump Stops

2.11  Buka Dan Pasang Pegas Dedaun

2.12  Buka Dan Pasang Topang Mc Pherson

 

BAB 3 : SISTEM BREK

 

3.1   Penerangan Sistem Brek

3.2   Periksa Dan Tukar Pad & Lining Brek

3.3   Periksan Dan Tukar Disk Dan Drum Brek

3.4   Buka Dan Pasang Brek Booster Dari Kenderaan

3.5   Kaedah Melakukan Bleeding

3.6   Overhaul Master Pump

3.7   Kesan Masalah (Troubleshooting)  Sistem Brek

3.8   Anti-Lock Braking System (ABS)

 

BAB 4 : RODA

4.1   Pengenalan Roda

4.2   Fungsi Dan Binaan Tayar

4.3   Jenis–Jenis Kehausan Tayar

4.4   Tukar Tayar Dan Rim

4.5   Jajaran Roda

 

BAB 5 : PENYELIAAN (SUPERVISION)

5.1   Menyediakan Jadual Kerja.

5.2   Melaksanakan Sesi Taklimat.

5.3   Penyediaan Budget.

5.4   Pemantauan Prestasi Pekerja

5.5   Latihan Pekerja.

5.6   Memantau Keselamatan Bengkel

5.8   Menyediakan Laporan Pengurusan

5.9   Kepentingan Dokumen

5.10 Jenis Dokumen

5.11 Maklumat Penting Dalam Dokumen


No comments:

Post a Comment

SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK

  1.0    SALURAN PEMASARAN DAN PENGURUSAN LOGISTIK     1.1    Saluran Pemasaran   Saluran pemasaran ialah gabungan sekumpulan orga...